Monday, August 11, 2014

KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.



Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...

Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan puak Azizah..

Pemimpin-pemimpin PKR kini dah memulakan siri rombongan beramai-ramai mereka untuk menyebar dan membuka segala pekongnya di khalayak ramai.

Tidak cukup dengan mencabar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih bergelar Menteri Besar di negeri itu di katakan tidak lagi berwibawa dalam menyandang jawatan Menteri Besar di Selangor.


Hingga ketahap, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata dalam ucapannya.. Kerana keengganan Khalid mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu. Beliau adalah penderhaka kepada PKR

"Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini,” kata Zuraida.

Emmm... Tak mau sampai ketahap mengaibkan konon... Ujung-ujung balun juga.

Namun, bukanlah satu perkara pelik bagi kita yang biasa menonton puak-puak ni menyalak di pentas-pentas ceramah dan kempen mereka.

Rata-rata pemimpin pembangkang sememangnya pakar bab menyalak-nyalak ni. Kerana itu jugalah, di kalangan 3 parti gabungannya... PKR ( Pakar Kelentong Rakyat ) diangkat watak mereka sebagai 'orang pentas' di lapangan.



Cakap cantik la katakan... Dan pastinya secukup rasa. Lawak sudah tentu lah.. Ada makian, cacian, tuduhan dengan sumpah seranah semua, cukup. Kadang sampai ketahap, yang bukan penganut Islam pulak, begitu lancar serta fasih gila menyampaikan petikan hadis dan ayat-ayat Al-Quran.

Bagi ahli parti dan penyokong tegar mereka, melangok di hadapan pentas ceramah adalah suatu yang menghiburkan selain sumber tempat maklumat utama mereka. Pemimpin-pemimpin mereka di pentas bagaikan artis baginya. Apa yang keluar dari mulut pemimpin mereka tiada yang tidak benar melainkan semuanya benar. Merdu belaka.

Antaranya saksikan video dibawah, begitulah gaya mereka. Cuma yang berbeza, kebiasaannya mereka mendendangkan lagu-lagu dan ditujukan untuk orang-orang BN/UMNO. Ini kali laaa,,, Seorang rakan parti yang selama ini di junjung di sanjung, habis bogel londeh di pentas-pentas ceramah mereka sendiri. Nah tengok buktinya....


 
Bagi pemimpin-pemimpin kerajaan mahupun pejuang-pejuang parti BN/UMNO. Walaupun kurang menyenangkan, apabila jadi selalu berdepan dengan cemuhan mereka... Jadi biasa dah. Ibarat kata 'Alah Bisa Tegal Biasa'. Lali dah dengan karinah buruk dan busuknya mulut puak-puak pembangkang tu.

Di pentas ceramah lah mereka dendangkan fitnah Tun Dr Mahathir menonton video lucah bersama cucunya, di pentas ceramah juga sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menabur tuduhan bahawa beliau diracun arsenic.

Di pentas ceramah Anwar, Ketua Umum PKR keluarkan dakwaan diancam bunuh,, di pentas ceramahlah para pemimpin pembangkang keluar fatwa UMNO kafir, di pentas ceramah itu juga lah tempat puak-puak mereka keluar cacian, makian, bodoh, bahlol, celaka dan sebagainya.

Seingat BTA, puak-puak pakatan ni begitu teguh prinsip mereka untuk tidak menuding jari dan menyelak kain sesame sendiri mahupun kepada parti di khalayak umum. Biar apa sekali pun berlaku atau dikata orang, untuk mereka buka mulut dan akur, jauh sekali. Baik kontroversi, skandal dan salah laku di kalangan mereka, semuanya ditutup rapi. Kononnya parti mereka dan mereka lah yang suci. Punyai ketua 'Anugerah Tuhan' bagai...

 Tapi, memang malang bagi Khalid Ibrahim... Hari ini beliau makanan caci maki, hinaan dan sumpah seranah oleh kerabat sepakatan beliau sendiri. Pendek kata, baik siapa saja sekali pun... Waaimma, setinggi mana pun jawatan, baik mana pun bakti pernah di tabur dalam memperjuangkan politik parti...

Kalau dah katanya (ANWAR IBRAHIM) begitu, begitu lah. kehendaknya. Sama seperti kenyataan rakan-rakan rapatnya yang lebih awal  , PKR itu hanya dia serta kaum kerabatnya saja lah yang berhak. Apa katanya? Lawan, tetap lawan! Renung-renungkan lah, yek...

Ceritanya "Lu langsui, lu mati maaa... Hahahahaaa!!


............................................................................................


 #BTA:
Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor setelah diperkenankan Sultan Selangor. Empat EXCO mewakili PAS akan kekal dalam pentadbiran KHalid.
Beliau akan bertemu dengan EXCO-EXCO mewakili DAP & PKR untuk mendapat
kepastian pendirian mereka . Yang tidak bersama akan diminta mengosongkan pejabat dan berundur. Dua cara untuk menjatuhkan Khalid seperti yang di terangkan beliau ialah melalui undi tidak percya dalam sidang DUN atau melalui petisyen terus melalui Tuanku Sultan Selangor.

Khalid Ibrahim mempunyai opsyen untuk menjadi ahli PAS atau UMNO tetapi keutamaan beliau kini ialah memastikan pentadbiran beliau terselamat dari sebarang usaha untuk menjatuhkan nya oleh pihak PKR dan DAP. Selepas itu barulah boleh beliau memikirkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO / BN.

Friday, August 8, 2014

BAS KILANG MOGOK: Pembangkang ( DAP ) juga harus dipersalahkan.



Bak pepatah ' Ikutkan hati, mati... Ikutkan rasa, binasa'... Itulah ungkapan yang sesuai di beri kepada pemandu-pemandu bas kilang yang turutkan 'hati panas' tunjukkan mogok di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru yang dikatakan tidak berpuashati dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar tol. (KLIK)

Kalau dipikirkan, banyak cara dan jalan lain yang lebih terbaik untuk selesai masaalah tu...

Mereka tinggalkan penumpang di Causeway, lepas tu (penumpang) terpaksa berjalan ke Singapura. Apa nak jadi?


Jangan nak turutkan kehendak pembangkang atau jadi umpama pembangkang yang sememangnya penuh dengan sifat benci, sikap suka membantah tanpa mengambil kira buruk dan baiknya sesuatu perkara yang di bentuk oleh kerajaan.
Termasuklah dalam tindakkan mogok yang sudah tentu akan menganggu dan menyusahkan pihak lain, terutama bila dilakukan di kawasan-kawasan awam.

Tindakan yang benar-benar tidak munasabah itu hingga menyebabkan ribuan rakyat Malaysia yang mahu bekerja serta ke Singapura, terpaksa berjalan kaki lebih 1km untuk ke pusat pemeriksaan Imigresen republik itu di Woodlands.

Dengan maklumat yang tersebar dan melihat daripada beberapa sumber yang diperolehi. Tidak tolak kemungkinan, kejadian mogok yang berlaku itu adalah merupakan suatu tindakan terancang oleh pihak pembangkang di Johor yang mahu mengaut dividen politik daripada insiden tersebut.

Semua pun tahu, mereka sudah mula lancarkan kempen ini. Dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) Johor, DAP dilihat begitu beriya-iya membantah keputusan menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (QIC) Johor, termasuk menolak cadangan kerajaan dalam perlaksanaan Caj Permit Masuk Kenderaan Asing (VEP).

DAP telah menyatakan bahawa kenaikan kadar tol di CIQ Senai akan menyusahkan rakyat dan Singapura yang ingin masuk . Walaupun Singapura telah menaikkan kadar VEP mereka meroket tingginya dengan nisbah RM129 berbanding RM16.50 sehari oleh Malaysia, DAP tetap menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah berlaku zalim. 
Selanjutnya KLIKSINI...


Menurut sumber (KLIK), akibat tindakkan mogok pemandu bas kilang dengan melonggokkan bas mereka di bahu jalan utama sehingga menghalang lalu lintas amat dikesali ramai pihak. Dengan tindakkan itu, pihak Polis Johor dikatakan telah mengeluarkan 100 saman serta membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada pemandu-pemandu yang terlibat.

Tidak cukup dengan itu, syarikat-syarikat bas berkenaan turut berdepan dengan tindakkan undang-undang SPAD mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Sepertimana yang di sahkan (KLIK) oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat bas yang terlibat untuk datang dan memberi keterangan kepada SPAD bagi meneruskan proses siasatan.

Sekarang siapa yang susah?

Tersebar berita dan artikal-artikal di akhbar dan di laman-laman sosial sebelum ini memaparkan isu DAP bersama puak-puaknya adalah 'dalang' yang merancang dan penganjur si sebalik tindakkan mogok pemandu dan longokkan bas kilang sekali gus menghalang pergerakan kenderaan lain di lebuh raya itu dan memaksa ribuan penumpang yang terdiri daripada pelajar sekolah serta pekerja kilang terpaksa berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor untuk ke Singapura.



Mereka dikatakan menghasut serta mengajak sebahagian pemandu-pemandu bas kilang untuk berkerjasama timbulkan kekecohan dengan menunjukkan bantahan serta mogok, pada hari tersebut.
Berikut adalah kronologi kejadian: 

1. Perkhidmaan tol bermula jam 12.01 a.m. 
2. Dua bas mula menghalang laluan bas sekitar pukul 4.00 a.m. 
3. Sebelum kejadian, laluan trafik adalah lancar untuk semua laluan baik kereta, lori dan bas. 
4. Dari jam 12.01 a.m. sehingga 4.00 a.m., jumlah kenderaan terlibat (number of traffic outbound) adalah 2,771 (termasuk 148 buah bas). 
5. Polis Bantuan tiba di tempat kejadian jam sebaik sahaja mendapat maklumat. 
6. Pegawai Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) tiba kira-kira jan 4.30 a.m. 
7. Perbincangan di antara pihak PDRM, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dn syarikat pengendali EDL berakhir jam 7.30 a.m. 
8. Bas-bas bergerak semula jam 7.30 a.m. 
9. Trafik di laluan bas lancar jam 8.45 am.

Susulan dari itu, mereka mulalah menujukkan lagak 'hero' sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperjuangkan nasib blok pengundi yang amat rapat dengan perjuangannya.... Pelbagai aktiviti seperti ceramah umum yang berkisar tentang isu kerajaan membebankan rakyat, mula disusun.

Salah satu contohnya adalah program ceramah bertajuk "Kenaikan Tol CIQ Johor. Siapa Untung? Siapa Rugi? "oleh empat penceramah dari pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) Johor di sebuah hotel di Johor Bharu. 



Mungkin mereka sedar, kebanyakkan daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan bakal menerima kesan daripada kenaikan tol di KIK Johor itu terdiri daripada etnik muda Cina yang merupakan penyokong kuat parti itu sama ada di Johor atau di beberapa negeri lain. 

Bagi isu VEP pula, parti itu membawa suara golongan peniaga di Johor Bharu yang bimbang perlaksanaan dasar itu akan mengurangkan kemasukan pelawat dari Singapura ke bandar raya itu sama ada untuk membeli-belah atau menjamu selera.

Tentunya, segala kekecohan memperbesar-besarkan isu dan menimbulkan buruk kerajaan adalah tindakkan mereka menunjukkan kelantangannya berada di barisan hadapan di dalam mempertahankan blok pengundi yang amat penting bagi strategi politiknya pada pilihan raya umum yang akan datang.

Di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN seperti di Nusajaya, Kluang, Johor Bharu, Pasir Gudang, Kulaijaya, Muar yang memiliki jumlah pengundi muda etnik Cina bekerja di Singapura yang ramai, DAP serta parti lain di bawah PR Johor berjaya menumbangkan MCA yang mewakili BN dengan agak mudah

Namun, apa yang berlaku di akhir tragedi itu, memang BTA dah jangka. Pada awal katanya buah kelapa... Tapi jadinya nangka. Begitulah gaya mereka. Takkan betul apa yang di kata.

Hajat nak meraih sokongan dengan cara memburuk-burukkan parti lawan, sememangnya menjadi makanan bagi mencapai agenda politik mereka. Sanggup melakukan apa saja demi mengejar kuasa yang mereka gilakan itu. Bila di dengar rayuan mereka, bulan dan bintang pun mereka nak beri.

Hakikatnya cakap-cakap mereka itu, hanyalah semata-mata untuk kepentingan mereka. Yang penting bagi mereka, apa yang mereka mahu mereka dapat. Selebihnya 'sendiri mau ingat' lah.. Macam biasa lah. Lepas baling, sembunyi tangan. Itu juga yang berlaku pada kejadian mogok bersama-sama pemandu bas kilang, pada 1 Ogos yang lalu.

Apabila ditanya, pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang juga adalah bekas pengerusi negeri yang turut berada di CIQ Johor tempohari bersama-sama sekumpulan pemandu bas kilang yang melancarkan mogok itu, tidak mengaku dimana kejadian tersebut ada kaitan dengan rancangan mereka. Malah menolak adanya penglibatan pembangkang didalam menganjurkan bantahan tersebut.

Malah, apa yang terjadi di QIC pada awal pagi itu bukan suatu tindakan mogok tetapi hanyalah insiden kesesakan lalulintas, apabila mereka gagal membayar kadar tol yang baru, itulah yang menyebabkan kesesakan yang teruk di bangunan KIK Johor itu," alasannya lagi..

Habis tu di bawah ini gambar apa?

Gambar, Pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengadakan
bantahan bersama pemandu bas kilang. 

Pada masa yang sama, laman media dan blog-blog pembangkang turut memainkan isu dengan topik kononnya beberapa bas mogok kerana kenaikan harga tol di CIQ Johor Bharu. Taktik biasalah tu, taktik memutar balikkan cerita.

Nampak tak? Buta-buta mereka menuding jari kepada pemandu-pemandu bas kilang. Alasan demi alasan mereka keluarkan. Untuk apa? Cuba lari dari turut sama menanggung kesalahan berlaku ke?

Antara yang mengelikan hati BTA, kesesakan di bangunan CIQ Johor itu berlaku kerana pemandu-pemandu bas kilang berkenaan tidak menyedari tentang kenaikan kadar tol itu, seterusnya tiada wang yang mencukupi untuk membayarnya... Logik ke?

Kahkahkahhh! Punyalah ramai manusia lain dalam bas kilang tu yang dibawanya... Takkan seringgit dua pun tak boleh bantu daripada terpaksa berjalan kaki lebih 1km menyeberang ke Singapura... 

Bagi pemikiran yang matang, tindakkan undang-undang tidak sepatutnya dikenakan terhadap pemandu dan pengusaha bas kilang yang terlibat. DAP juga wajib diheret ke muka pengadilan. Apa yang berlaku, jelas tidak menolak kemungkinan bahawa merekalah dalang yang menjadi punca kemarahan serta kesusahan banyak pihak.

Antara persoalan lain yang timbul, kebelakangan ini di lihat kepada tindakkan pembangkang di Johor khususnya DAP begitu lantang membangkitkan isu dalam hal-hal yang ada kaitan dengan Singapura. Apakah mungkin mereka juga tali barut bagi kepentingan pemimpin serta parti politik Singapura?


Media-media Singapura yang dikawal ketat oleh kerajaan republik itu seolah-olah "berpesta" dengan laporan hampir setiap hari tentang kenaikan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Johor dan Caj Permit Masuk Kenderaan Asing (VEP).

Ia juga menemuramah pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang mendakwa kerajaan dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin keliru di antara isu kenaikan kadar tol KIK Johor dan perlaksanaan VEP.


Di dalam isu-isu kenaikan tol KIK Johor dan VEP atau apa sahaja isu melibatkan Malaysia selama ini, media-media Singapura berkelakuan seperti media barat yang menjuarai kebebasan medianya dengan galak mengkritik keputusan dan dasar kerajaan Malaysia.

Baca butiran lanjut hal tersebut dan KLIKSINI

Friday, August 1, 2014

DAP MOGOK : Untunglah Singapura...



Nampaknya mogok yang berlaku di Sempadan Johor-Singapura disokong dengan kuat oleh ADUN DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung. KLIKSINI.

Disebabkan mogok yang dilakukan oleh beberapa orang pemandu bas yang didalangi oleh YB DAP, ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat memasuki Singapura hari ini. Sampai bila DAP mahu menyusahkan rakyat Malaysia? Gambar-gambar di atas diambil dari 'Page' rasmi ADUN DAP tersebut, 




YB Bangang ini mengajurkan mogok apabila Kerajaan Malaysia menaikkan tol hanya sekadar RM16.50 sebaliknya membisu apabila Kerajaan PAP Singapura mengenakan VEP sebanyak SGD20!!! 

YB ini memang pentingkan periuk nasi Kerajaan PAP Singapura dan tidak langsung menyokong hasil mahsul Kerajaan Negeri beliau menjadi Wakil Rakyatnya. KLIKSINI

Dah macam pemimpin sana pulak dia! Untunglah Singapura...



Kalau di Singapura, pemandu-pemandu bas yang mogok akan dihukum penjara. Kita sarankan Kerajaan bertindak tegas dengan menghukum pemandu-pemandu bas yang membuat kacau hari ini.

Tarik balik permit bas yang diberikan kepada syarikat-syarikat bas pekerja ini yang melanggar polisi dan syarat perlesenan kenderaan.



Tuesday, July 29, 2014

TOLAK MB WAN AZIZAH : DAP 'warning' PAS...



Difahamkan ramai penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati dengan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sekaligus menolak Anwar Ibrahim yang berhasrat melantik isterinya, Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Antaranya Presiden PAS, Hj. Hadi Awang yang telah membuat kenyataan tegas mempertahankan Abdul Khalid diikuti pula oleh Dewan Ulama. 


Melihat dari keadaan yang pasti meranapkan impian pemimpin idola mereka, para pengikut PKR, puak-puak liberal dalam PAS Khalid Samad dan Mat Sabu di belakang Anwarinas menyokong langkah keluarga Anwar selama ini, semakin 'mengelitik kepanasan'.
Keghairahan dinasti Anwar mengejar kedudukkan dan kuasa itu, golongan ulamak konservatif PAS pun mengerut dahi dan mengangkat kening hinggakan Mursyidul Am PAS. Nik Aziz Nik Mat turut bersuara dengan tegas pertahankan kenyataan dan pendirian Presiden PAS.

Ia semakin memberi pemahaman kepada mereka bahawa kali ini kata atau hasrat Anwar bukanlah satu keputusan muktamad yang wajib dipatuhi. 



Antara lain, Nik Abdul Aziz dalam hujahnya berkata, "Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Abdul Khalid ingin digugurkan daripada jawatan Menteri Besar?

Namun, apa sekalipun berlaku... Bukan mudah untuk menukar MB Selangor.

Satu faktor ialah anak negeri; kedua faktor jantina; ketiga perkenan sultan; ke-4 faktor Nik Aziz, Haji Hadi dan Dewan Ulama dan akhir sekali tentangan 12 ADUN UMNO dan mungkin beberapa ADUN PKR sendiri.

Pada masa yang sama, Khalid dikatakan tidak menghalang DUN membentang usul undi tidak percaya. 
Kedua, Khalid juga beritahu dia tidak akan terkesan dengan cakap-cakap, kritikan untuk dia letak jawatan. 

Ini bermakna MB Khalid sudah bersedia untuk patahkan apa sahaja usaha menjatuhkan beliau sebelum habis penggal kedua ini. Hebat juga MB Khalid ini.

Kepanasan yang meluap, semakin membara. Empayar Lim Kit Siang DAP yang pada awalnya hanya menjeling dari jauh kononnya tidak mahu mengocakkan lagi keadaan. Akhirnya turut berang dek kerana mesej tajam dari mulut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” seperti di bawah: 




"Whatsaap" 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang juga bergelar “think tank” dalam PAS yang cuba ingin menjentik DAP, gereja dan non Muslim” selain berpandangan melawan arus itu, benar menikam jiwa DAP.


Ini terbukti daripada isikandung kenyatan media dari Setiausaha Agung Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan lantang berkata...

"Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan “PAS for ALL”?

Apabila, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut malah cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

DAP mengarahkan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan alasan untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

Menurut Loke sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, “Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya.

Beliau turut mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP.

"Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!" tegas Loke Siew Fook juga merangkap Ahli Parlimen Seremban.

Beliau juga yakin, majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

Dengan apa yang berlaku, PAS di minta memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP.

Pada kenyatan medianya itu, wakil DAP Loke Siew Fook juga dengan tegas berkata "Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu".

Friday, July 25, 2014

Wong Shu Qi - DAP pentingkan kebajikan rakyat Singapura?


Bangsa pendatang golongan DAP yang tidak beradab dan tidak tahu menggunapakai akal yang mengaku pandai, memang sesuailah kita gelarkannya 'bongok'. Tak usah la nak mengakui diri sebagai rakyat Malaysia.
Nama saja seorang pemimpin, malangnya seperti ada otak tapi letakkannya di lutut.

Kelmarin, sekali lagi sikap tidak bertamadun ditunjukkan oleh wakil DAP, Wong Shu Qi (ADUN DAP Senai) terpampang, apabila beliau mendesak kerajaan negeri Johor membatalkan cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia melalui Johor. KLIK

Apa kejadahnya?

Wong Shu Qi berkata kononnya, tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah. 

Dengan nilai matawang negara tersebut lebih tinggi dari matawang kita. Tentunya memang lebih murah berbelanja di Johor, bagi mereka. Jadi, spa lah sangat dengan RM20 tu...

Sepertimana yang dicadangkan, kerajaan Johor cuma mengenakan caj VEP sebanyak RM20 saja kepada kenderaan asing dari Singapura memasuki negeri itu.
 

Baru-baru ini, Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik itu akan dinaikkan lagi daripada S$20 kepada S$35 sehari (RM50 ke RM90).
 

Nah DAP, cuba bayangkan... Sudah tentu segala-galanya lebih mahal bagi rakyat kita bila berbelanja di sana. Ditambahkan pula bayaran permit kenderaan dengan harga yang tinggi. Bagi rakyat kita yang berurusan dan setiap hari berulang alik ke sana, terpaksa menanggung bebannya. Kenapa DAP dan Wong Shu Qi, tidak bersuara?

Adakah Wong Shu Qi dan DAP lebih mementingkan kebajikan rakyat Singapura berbanding rakyat Malaysia yang di kenakan caj tinggi untuk masuk ke negara berkenaan?

Dah macam pemimpin sana pulak dia!

#BTA: Sudah terang lagi bersuluh. Hubungan adik abang antara DAP dengan PAP tak pernah luntur... Renung-renungkan lah...
 

Monday, July 14, 2014

POLITIK HARMONI : Kenapa mesti bersama DAP?



Di saat pemimpin-pemimpin UMNO lain menolak kepimpinan dan hubungan kerjasama parti bersama DAP... Boleh pulak ada ahli bertindak tunjuk sikap melawan arus.

Sanggup melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kononya ingin membuat satu pembaharuan. Tunjukkan DAP dan UMNO seiring dan sejalan masuk ke bazar Ramadan dan sama-sama menyampaikan sumbangan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Kluang, Johor.


Wajarkah UMNO dibawa bersama  dalam hal sebegini?



Awalnya berpunca dari berlakunya kekecohan dari sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bazar berkenaan.

Saksikan dan boleh dilihat melalui pautan http://youtu.be/3hWEb-Nwq8k

Rasa tidak puas hati itu timbul apabila kumpulan tersebut mendapat tahu, pihak DAP cuba mengagihkan kurma bersertakan majalah 'ROKET' kepada umat Islam dengan alasan sebagai sumbangan sempena Ramadhan. 


Hal ini juga mendapat kritikan hangat di laman-laman sosial. Kebanyakkannya menolak tindakkan DAP menyertakan majalah 'ROKET' yang dilihat tiada ketelusan dalam niatnya menghulurkan sumbangan.



Namun apa yang berlaku, rasa kesal dari pelbagai pihak dan rasa tidak puas hati yang telah ditunjukkan sekumpulan yang berpakaian (vest) berlogo UMNO itu, langsung tidak yang membela... Buta-buta mendapat tentangan dan kritikan keras dari kumpulan UMNO sendiri iaitu Pemuda UMNO Kluang, yang diketuai Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana kumpulan untuk menjadi urusetia atau pengawal keselamatan di situ, justeru sebarang insiden yang berlaku adalah atas kapasiti individu.




Tidak cukup dengan itu, beliau bersama Pemuda UMNO Kluang turut menganjurkan program sumbangan bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai di bazar tersebut sambil menjemput pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang untuk datang bersama pihaknya, beberapa hari selepas itu.

Dengan alasan kononnya, Pemuda UMNO Kluang komited memperjuangkan isu agama bangsa dan negara serta menghargai sebarang usaha untuk keharmonian rakyat terutama di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya yang juga peguam dan penasihat syariah.



Datuk Khairul Anwar Rahmat turut berpendapat, ini adalah bukti amalan politik matang untuk mendepani aspirasi dan agenda keharmonian yang lebih besar dan kini, penduduk sekitar Kluang mula mempopularkan ungkapan politik harmoni demi kebaikan dan kepentingan rakyat keseluruhan.

Politik harmoni? Adakah beliau yakin DAP serta pemimpin-pemimpinnya bersependapat dengan hasrat beliau? Apakah DAP harus di jadikan pilihan untuk segala maksud ini?


Mari kita menyingkap semula apa itu DAP. Dari awal penubuhannya lagi
 Lim Kit Siang, Chen Man Hin dan Goh Hock Huan telah menetapkan arah perjuangan serta slogan Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan bumiputra sebagai agenda utamanya. Semuanya bertujuan untuk mendapat sokongan orang-orang cina bagi menghidupkan DAP.

Agenda yang di bawa DAP ternyata berjaya mengukuhkan kepercayaan selain sokongan berterusan kaum Cina sehingga ke hari ini.
Sampailah ke peringkat dimana sokongan untuk orang cina mereka tak perlu risau kerana mereka rasakan telah terjamin. 

Hal itu juga turut mengubah cara dan gaya DAP dalam meneruskan agenda politik mereka. Kali ini, mereka dilihat pula begitu berusaha bersungguh-sungguh mencari sokongan orang Melayu. Yang mereka perlukan adalah sokongan Melayu pula.

Maka berulanglah sandiwara serupa yang di bawa PAP suatu ketika dulu.


Terlupakah kita pada Lee Kuan Yew yang anti Melayu dan bumiputra, dan kerana sebab itulah terkeluarnya Singapura daripada Malaysia. Tetapi demi kerana untuk mendapatkan undi Melayu, Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja.



Hingga dalam satu kempen pilihanraya di perkampungan Melayu sebaik sahaja Singapura terpisah dari Malaysia, Kuan Yew turun berkempen dengan memakai songkok diatas kepalanya bagi menunjukkan dia tidak anti Melayu. Lalu ianya disambut dengan penuh rasa teruja oleh orang-orang Melayu Singapura pada ketika itu.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa Kwan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam dan kaum Melayu tiada dalam kamus Kwan Yew mahu pun PAP.

Apa kurangnya DAP hari ini, yang kita semua tahu DAP juga adalah PAP. Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia poada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. 

Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. 

Demi undi, DAP juga tak malu pakai songkok dan dekati masjid. DAP juga sanggup lakukan apa cara sekali pun bagi mencapai niat untuk mengambil hati dan sokongan kaum Melayu. 



Antara lain yang UMNO khususnya Pemuda janganlah mudah lupa. Tentang tindakkan DAP semakin lantang bersuara. Semakin berani secara terbuka menentang UMNO. 


Menuduh Pemuda bersikap "hooligans" dan "gangsters" dalam menjalankan tindakkan atas sebab kononnya UMNO telah kehilangan sokongan rakyat. 

Mereka turut mendakwa UMNO bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat.

Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang UMNO, sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu. 


Jadi, untuk apa kita berkomfromi dengan mereka? Atas tujuan apa?

Rasanya tidak perlulah untuk kita berpanjang lebar, menghabiskan masa bersembang tentang DAP yang sememangnya kita kenali agenda dan perjuangannya tu...


Lebih seribu satu macam karenah telah mereka lakukan terhadap bangsa Melayu serta Islam. Selama penubuhan mereka, apa lagi yang mereka tidak lakukan pada bangsa kita. 

Yang pasti, tiada apa lagi boleh kita letakkan alasan untuk bersama mereka. Lagi lah untuk mengharapkan sesuatu dari mereka.

Maka, BTA benar-benar mengharapkan agar Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berfikir sedalam-dalamnya dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.


Tarik balik lah... Tentunya kejadian yang berlaku ini, turut mengguris hati pejuang-pejuang UMNO dan juga NGO Melayu yang ada. Kenanglah semasak-masaknya nasib agama dan bangsa Melayu demi anak cucu dimasa hadapan.

Perlukah UMNO tiba-tiba menunjukkan rasa ketakutan? Apakah UMNO merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" dan tidak lagi rasa digeruni. 


Kalau ye pun terlalu inginkan populariti atau mahu menunjukkan 'POLITIK HARMONI'... Jemputlah MCA, MIC atau barisan pimpinan BN. Tak ke gitu?

Nampak... Ini kata mereka!






Friday, June 20, 2014

LAPORAN AUDIT: Langgar peraturan termasuk penyelewengan hadapi tindakkan tegas - SUK Negeri Johor



"Sekiranya ada kakitangan yang melanggar peraturan perkhidmatan awam termasuk penyelewengan akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penambahbaikan yang terdapat di jabatan masing-masing" kata Dato’ Ismail Karim merangkap Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang menyatakan kos penyenggaraan kenderaan di bawah Pejabat SUK Bahagian Pengurusan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor adalah tinggi.

Siri kedua Laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan di Parlimen, kelmarin.

Bagi tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, sejumlah RM3.82 juta telah dibelanjakan bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

Katanya, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan dalam kerajaan dan dipengerusikan oleh SUK akan mengkaji jika terdapat salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam di negeri ini.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji semua laporan audit yang berkenaan sama ada kes yang membabitkan penyelewengan. “Denda atau pun tindakan keras kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sekiranya berlaku kes prima facie terhadap laporan audit berkenaan, maka tinddakan mahkamah atau pun dirujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

“ Pegawai-pegawai yang terlibat juga tidak akan menerima kenaikan gaji, pangkat atau apa-apa juga ganjaran,” katanya pada sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit Negara yang diadakan di pejabatnya.

Mengenai perkara itu, Ismail menjelaskan, laporan tersebut merupakan sampel, bukan semua kenderaan dan ia melibatkan beberapa jabatan terpilih sahaja.

Jelasnya lagi, semakan Audit terhadap daftar perbelanjaan Pejabat SUK Pengurusan pada tahun 2011 hingga 2013 mendapati kos penyelenggaraan berbanding dengan kos perolehan bagi 13 buah kenderaan adalah di antara 39 hingga 95 peratus.

“Ini berlaku kerana kenderaan-kenderaan tersebut kebanyakkanya digunakan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan penggunaannya lasak dan di tahap maksimum.

“Tambahan pula rata-rata kenderaan tersebut sudah melebihi usia lapan tahun dan sepatutunya ia sudah diganti dengan kenderaan baru setiap lima tahun sekali,” katanya.

Kata Ismail lagi, semua jabatan sudah diarah untuk memantau dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan kenderaan mengikut jabatan masing-masing.

Pihaknya juga memutuskan agar semua kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan akan di hantar ke pusat servis kenderaan berkenaan.

“ Jika Proton kita hantar ke pusat servis Proton, jika Honda kita hantar ke pusat servis Honda dan sebagainya. "Ini bagi membolehkan kita memantau rekod peneyelanggaran berkeadaan baik dan mengelakkan penggunaan alat ganti tiruan,” katanya.

Monday, June 9, 2014

LULUS : Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014



Hasrat kerajaan negeri Johor menubuhkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor petang tadi, selepas lebih tiga jam dibahaskan. 

Rang Undang-Undang itu dibahaskan lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.




Rang undang-undang tersebut yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi jam 2.30 petang dan diluluskan 5.19 petang.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohamad Aziz membuka undian secara angkat tangan kepada ahli dewan mengenai Rang Undang-Undang selepas selesai dibahaskan.


Sunday, June 8, 2014

VIDEO & PENJELASAN MB JOHOR : Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor



Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.

Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

SAKSIKAN VIDEO KLIK DIBAWAH:
Post by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh. Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “Raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini Raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai Sultan bagi negeri Johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di peruntukkan kepada Raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

Fasal 7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI.

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa Raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana


Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan sebentar tadi, jelas bahawa konsep Raja berperlembagaan di Johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

Mungkin hujah yang saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara Sistem Raja Berpelembagaan di negeri Johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. 

Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan Raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar, khususnya dari segi perlantikan.dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada Raja iaitu Raja melantik dengan nasihat Menteri Besar lain lain semua digantikan dengan Pihak Berkuasa Negeri. 

Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada Raja dan mengganggu gugat Sistem Raja Berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. 

Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan 

Kerana ia adalah untuk rakyat, demi rakyat, bagi rakyat!

Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK : 
FAHAMI ENAKMEN : Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor

Saturday, June 7, 2014

FAHAMI ENAKMEN : Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor



PENYEDIAAN ENAKMEN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH NEGERI JOHOR
1. Penyediaan enakmen ini bertujuan antaranya untuk membolehkan pembentukan sebuah entiti yang lebih berintegrasi di dalam penyelarasan pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Johor.

2. Fungsi beberapa jabatan dicadang untuk digabungkan di dalam lembaga ini bagi memudahkan pihak-pihak berkepentingan menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

3. Sebagai contoh, lembaga ini mempunyai bidangkuasa bagi membuat dasar yang kini dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yag kini dimainkan oleh pihak SUK (Bahagian Perumahan) serta bakal menjadi tempat rujukan berkaitan perkara-perkara berkaitan perumahan seperti data setinggan, perumahan kos rendah, pengendalian perumahan perumahan projek terbengkalai yang kini dijalankan oleh beberapa jabatan seperti Unit Perancang Ekonomi, SUK (Bahagian Perumahan) dan Pejabat Tanah dan Galian Johor.

4. Enakmen ini turut memberikan bidangkuasa kepada lembaga untuk melihat kepada keperluan perancangan, menetapkan panduan serta melaksanakan tindakan sewajarnya bukan sahaja kepada sektor perumahan malahan merangkumi hartanah iaitu pembangunan bersifat komersil. Ini bermakna lembaga ini akan turut berperanan sebagai penyelaras di peringkat negeri bagi melihat perkara dan isu berkaitan perumahan dan hartanah. Saya memberi contoh, sekiranya berlaku masalah projek terbengkalai samada perumahan atau hartanah lembaga akan menjadi badan yang akan berusaha bagi mencari jalan penyelesaian di mana peranan itu kini dijalankan oleh UPEN dan SUK Perumahan.

5. Peranan dan bidangkuasa seperti boleh memiliki hartanah, boleh menubuhkan perbadanan, menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak berkepentingan memudahkan peranan lembaga untuk yang lebih berintegrasi di dalam perancangan pembangunan perumahan dan hartanah terutamanya di dalam pembinaan perumahan rakyat Johor.

6. Secara keseluruhannya, penubuhan lembaga akan memberi kemudahan kemudahan kepada rakyat, pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding di dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

Thursday, June 5, 2014

FITNAH : 'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab' - Malaysiakini



Nampak seperti hebat laporan Malaysiakini. Memasukkan semua perkara tidak benar mengenai perkara lain, tetapi walhal semuanya adalah salah.

Laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, Baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.

Semalam, dalam artikel bertarikh 5 Jun 2014 bertajuk 'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab', portal itu menyebarkan maklumat palsu dengan menyelewengkan perkara sebenar.




Penyelewengan fakta tersebar dalam laporan Malaysiakini sudah pasti akan memberi kesan nagetif dan sudah tentu akan memesongkan pemikiran rakyat. Fakta yang berbeza tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengamal media, kecuali pengamal media itu bermotif jahat, sengaja memutar belitkan sesuatu fakta untuk tujuan tertentu khususnya untuk mengelirukan pembacanya.

Berbalik kepada isu diatas, perlakuan Malaysiakini dalam memutar belitkan perkara sebenar adalah jelas dan turut disangkal dalam (KLIK) Utusan Malaysia.


Pihak kami juga telah mendapatkan penjelasan terus daripada YAB. Menteri Besar Johor berkaitan perkara diatas dan beliau juga turut mengakui apa yang tersebar dalam Malaysiakini itu adalah bukan fakta sebenar.

Beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.


Oleh yang demikian, apa yang tersebar di Malaysiakini ianya adalah perkara yang tidak benar, palsu dan boleh dianggap satu fitnah terhadap Sultan dan Negeri Johor.

Kami berpendapat, tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut ada patutnya sekiranya pihak Malaysia Kini gagal memohon maaf secara terbuka selain menurunkan kenyataan tersebut.

Saturday, May 31, 2014

#PRKTELUKINTAN : Hilang pakatan buat DAP kalah.


 

Ketahui 7 sebab kenapa DAP kalah yang heboh di perkatakan.

1. PAS beri undi pada BN
Ramai ahli PAS Teluk Intan yang telah berkecil hati dan marah kerana mendengar pengakuan Dyana Sofya UiTM selaku Melayu Islam menolak hudud telah membuatkan ahli PAS berpaling tadah dan tekad memberi undi kepada BN.

2. DAP Perak boikot Dyana Sofya

Kita semua tahu bahawa di dalam DAP ada beberapa puak atau kem, salah satu nya adalah kem Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan lagi satu kem adalah kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming. Kedua dua kem ini sebenarnya mempunyai masalah dalaman. Pada awal pemilihan calon, DAP Perak yang diterajui oleh kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming telah memilih untuk meletakkan calon Hew Kuan Yau, Chong Zhe Min, Leong Mee Meng. Ketiga tiga calon itu adalah ahli DAP Perak yang mempunyai keahlian dan pengalaman yang lebih lama berbanding calon kem Lim Kit Siang/Lim Guan Eng. Tetapi di atas sebab kuasa Lim Kit Siang/Lim Guan Eng lebih tinggi dari Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming, akhirnya kem Lim anak beranak telah memilih Dyana Sofya sebagai calon Teluk Intan. Keputusan ini telah membuatkan akar umbi kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming memboikot Dyana Sofya

3. Pengundi cina Teluk Intan tak terima calon Melayu DAP

Keputusan PRK Teluk Intan telah menunjukkan pengundi cina merudum jatuh tidak memilih DAP. Ini kerana kaum cina di Teluk Intan tidak dapat menerima pilihan parti DAP yang meletakkan calon Melayu sebagai calon Teluk Intan. Ramai pengundi kaum cina kecewa apabila di umumkan seorang Melayu yang mewakili mereka. Ini kerana kaum cina telah menunjukkan kamahuan mereka memilih calon cina sahaja dan perkara ini dibuktikan dengan keputusan PRU13 yang lepas, iaitu 97% rakyat cina seluruh Malaysia mengundi DAP.

4. DAP marah PAS terima ajakan UMNO bersama dlm Jawatankuasa Teknikal HududKerajaan pusat yang telah bersetuju bersama kerajaan negeri Kelantan untuk sama sama membincangkan bagaimana hudud dapat di laksanakan di Kelantan baru baru ini telah memberi impak dan kesan kepada majoriti ahli DAP. Ianya telah merenggangkan kepercayaan DAP terhadap semangat setiakawan PAS, kerana PAS telah menerima baik cadangan UMNO untuk bersama wujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud.

5. PKR persoalkan DAP kenapa DAP tolak PKR menjadi ketua dalam PRK Teluk Intan

Parti Keadilan Rakyat yang sebelum ini rata rata telah menjadi ketua pengendalian bagi setiap pilihan raya kecil telah mempersoalkan DAP, mengapa DAP menolak PKR untuk menjadi ketua pengendalian. Ahli PKR Teluk Intan telah mengkhabarkan mereka tidak memberi undi kepada Dyana Sofya kerana kebiadapan DAP yang tidak mahu memberi laluan menjadi ketua pengendalian pada pilihan raya kecil ini.

6. PAS mahu ajar kesombongan Tan Kok Wai dan Anthony Loke
Pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai telah secara lantang dan keras menyatakan tiada tempat PAS didalam Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan hudud. Kenyataan sama disuarakan MP DAP Seremban Anthony Loke yang menggesa PAS keluar dari Pakatan sekiranya enggan beralah dari usaha tersebut. Tan Kok Wai selaku MP Cheras DAP turut berkata, PAS boleh terus bermimpi untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya. Dengan kenyataan kenyataan seperti ini akhirnya pada PRK Teluk Intan kali ini, PAS berjaya membuktikan tanpa pengundi ahli PAS, DAP pasti akan kecundang.

7. Penduduk India Teluk Intan bengang Rayer DAP ucap "Melayu Celaka"
Rayer baru baru ini telah secara berani mengucapkan "Melayu Celaka" di dalam dewan negeri telah menaikkan sedikit sebanyak sentimen kemarahan pengundi Melayu baik UMNO dan PAS di Teluk Intan. Perkara ini menjadi kebimbangan sehingga ada di antara individu India di Teluk Intan mengatakan mereka tidak dapat tidur lena memikirkan Rayer sanggup berkata sedemikian. Ini kerana populasi orang Melayu yang lebih banyak dari kaum india dapat menimbulkan rusuhan kaum yang akan dihadapi oleh kaum India. Dengan tragedi ini, sebahagian penduduk India tidak mahu mengundi DAP kerana masih tidak dapat menerima perkataan "Melayu Celaka" yang diucapakan oleh Rayer DAP itu.


#BlueTigerArm :  Kalau ikut pendapat BTA.. Dimana baiknya DAP untuk dipilih? Dah kalah tu, kalah laaa... Kiikikiiii!!!!