Monday, June 9, 2014

LULUS : Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014



Hasrat kerajaan negeri Johor menubuhkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor petang tadi, selepas lebih tiga jam dibahaskan. 

Rang Undang-Undang itu dibahaskan lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.




Rang undang-undang tersebut yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi jam 2.30 petang dan diluluskan 5.19 petang.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohamad Aziz membuka undian secara angkat tangan kepada ahli dewan mengenai Rang Undang-Undang selepas selesai dibahaskan.


1 comment:

  1. Kat johor jaa... yg cina x brani angkat muka...

    ReplyDelete