Friday, July 25, 2014

Wong Shu Qi - DAP pentingkan kebajikan rakyat Singapura?


Bangsa pendatang golongan DAP yang tidak beradab dan tidak tahu menggunapakai akal yang mengaku pandai, memang sesuailah kita gelarkannya 'bongok'. Tak usah la nak mengakui diri sebagai rakyat Malaysia.
Nama saja seorang pemimpin, malangnya seperti ada otak tapi letakkannya di lutut.

Kelmarin, sekali lagi sikap tidak bertamadun ditunjukkan oleh wakil DAP, Wong Shu Qi (ADUN DAP Senai) terpampang, apabila beliau mendesak kerajaan negeri Johor membatalkan cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia melalui Johor. KLIK

Apa kejadahnya?

Wong Shu Qi berkata kononnya, tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah. 

Dengan nilai matawang negara tersebut lebih tinggi dari matawang kita. Tentunya memang lebih murah berbelanja di Johor, bagi mereka. Jadi, spa lah sangat dengan RM20 tu...

Sepertimana yang dicadangkan, kerajaan Johor cuma mengenakan caj VEP sebanyak RM20 saja kepada kenderaan asing dari Singapura memasuki negeri itu.
 

Baru-baru ini, Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik itu akan dinaikkan lagi daripada S$20 kepada S$35 sehari (RM50 ke RM90).
 

Nah DAP, cuba bayangkan... Sudah tentu segala-galanya lebih mahal bagi rakyat kita bila berbelanja di sana. Ditambahkan pula bayaran permit kenderaan dengan harga yang tinggi. Bagi rakyat kita yang berurusan dan setiap hari berulang alik ke sana, terpaksa menanggung bebannya. Kenapa DAP dan Wong Shu Qi, tidak bersuara?

Adakah Wong Shu Qi dan DAP lebih mementingkan kebajikan rakyat Singapura berbanding rakyat Malaysia yang di kenakan caj tinggi untuk masuk ke negara berkenaan?

Dah macam pemimpin sana pulak dia!

#BTA: Sudah terang lagi bersuluh. Hubungan adik abang antara DAP dengan PAP tak pernah luntur... Renung-renungkan lah...
 

Monday, July 14, 2014

POLITIK HARMONI : Kenapa mesti bersama DAP?



Di saat pemimpin-pemimpin UMNO lain menolak kepimpinan dan hubungan kerjasama parti bersama DAP... Boleh pulak ada ahli bertindak tunjuk sikap melawan arus.

Sanggup melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kononya ingin membuat satu pembaharuan. Tunjukkan DAP dan UMNO seiring dan sejalan masuk ke bazar Ramadan dan sama-sama menyampaikan sumbangan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Kluang, Johor.


Wajarkah UMNO dibawa bersama  dalam hal sebegini?



Awalnya berpunca dari berlakunya kekecohan dari sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bazar berkenaan.

Saksikan dan boleh dilihat melalui pautan http://youtu.be/3hWEb-Nwq8k

Rasa tidak puas hati itu timbul apabila kumpulan tersebut mendapat tahu, pihak DAP cuba mengagihkan kurma bersertakan majalah 'ROKET' kepada umat Islam dengan alasan sebagai sumbangan sempena Ramadhan. 


Hal ini juga mendapat kritikan hangat di laman-laman sosial. Kebanyakkannya menolak tindakkan DAP menyertakan majalah 'ROKET' yang dilihat tiada ketelusan dalam niatnya menghulurkan sumbangan.



Namun apa yang berlaku, rasa kesal dari pelbagai pihak dan rasa tidak puas hati yang telah ditunjukkan sekumpulan yang berpakaian (vest) berlogo UMNO itu, langsung tidak yang membela... Buta-buta mendapat tentangan dan kritikan keras dari kumpulan UMNO sendiri iaitu Pemuda UMNO Kluang, yang diketuai Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana kumpulan untuk menjadi urusetia atau pengawal keselamatan di situ, justeru sebarang insiden yang berlaku adalah atas kapasiti individu.




Tidak cukup dengan itu, beliau bersama Pemuda UMNO Kluang turut menganjurkan program sumbangan bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai di bazar tersebut sambil menjemput pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang untuk datang bersama pihaknya, beberapa hari selepas itu.

Dengan alasan kononnya, Pemuda UMNO Kluang komited memperjuangkan isu agama bangsa dan negara serta menghargai sebarang usaha untuk keharmonian rakyat terutama di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya yang juga peguam dan penasihat syariah.



Datuk Khairul Anwar Rahmat turut berpendapat, ini adalah bukti amalan politik matang untuk mendepani aspirasi dan agenda keharmonian yang lebih besar dan kini, penduduk sekitar Kluang mula mempopularkan ungkapan politik harmoni demi kebaikan dan kepentingan rakyat keseluruhan.

Politik harmoni? Adakah beliau yakin DAP serta pemimpin-pemimpinnya bersependapat dengan hasrat beliau? Apakah DAP harus di jadikan pilihan untuk segala maksud ini?


Mari kita menyingkap semula apa itu DAP. Dari awal penubuhannya lagi
 Lim Kit Siang, Chen Man Hin dan Goh Hock Huan telah menetapkan arah perjuangan serta slogan Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan bumiputra sebagai agenda utamanya. Semuanya bertujuan untuk mendapat sokongan orang-orang cina bagi menghidupkan DAP.

Agenda yang di bawa DAP ternyata berjaya mengukuhkan kepercayaan selain sokongan berterusan kaum Cina sehingga ke hari ini.
Sampailah ke peringkat dimana sokongan untuk orang cina mereka tak perlu risau kerana mereka rasakan telah terjamin. 

Hal itu juga turut mengubah cara dan gaya DAP dalam meneruskan agenda politik mereka. Kali ini, mereka dilihat pula begitu berusaha bersungguh-sungguh mencari sokongan orang Melayu. Yang mereka perlukan adalah sokongan Melayu pula.

Maka berulanglah sandiwara serupa yang di bawa PAP suatu ketika dulu.


Terlupakah kita pada Lee Kuan Yew yang anti Melayu dan bumiputra, dan kerana sebab itulah terkeluarnya Singapura daripada Malaysia. Tetapi demi kerana untuk mendapatkan undi Melayu, Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja.



Hingga dalam satu kempen pilihanraya di perkampungan Melayu sebaik sahaja Singapura terpisah dari Malaysia, Kuan Yew turun berkempen dengan memakai songkok diatas kepalanya bagi menunjukkan dia tidak anti Melayu. Lalu ianya disambut dengan penuh rasa teruja oleh orang-orang Melayu Singapura pada ketika itu.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa Kwan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam dan kaum Melayu tiada dalam kamus Kwan Yew mahu pun PAP.

Apa kurangnya DAP hari ini, yang kita semua tahu DAP juga adalah PAP. Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia poada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. 

Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. 

Demi undi, DAP juga tak malu pakai songkok dan dekati masjid. DAP juga sanggup lakukan apa cara sekali pun bagi mencapai niat untuk mengambil hati dan sokongan kaum Melayu. 



Antara lain yang UMNO khususnya Pemuda janganlah mudah lupa. Tentang tindakkan DAP semakin lantang bersuara. Semakin berani secara terbuka menentang UMNO. 


Menuduh Pemuda bersikap "hooligans" dan "gangsters" dalam menjalankan tindakkan atas sebab kononnya UMNO telah kehilangan sokongan rakyat. 

Mereka turut mendakwa UMNO bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat.

Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang UMNO, sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu. 


Jadi, untuk apa kita berkomfromi dengan mereka? Atas tujuan apa?

Rasanya tidak perlulah untuk kita berpanjang lebar, menghabiskan masa bersembang tentang DAP yang sememangnya kita kenali agenda dan perjuangannya tu...


Lebih seribu satu macam karenah telah mereka lakukan terhadap bangsa Melayu serta Islam. Selama penubuhan mereka, apa lagi yang mereka tidak lakukan pada bangsa kita. 

Yang pasti, tiada apa lagi boleh kita letakkan alasan untuk bersama mereka. Lagi lah untuk mengharapkan sesuatu dari mereka.

Maka, BTA benar-benar mengharapkan agar Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berfikir sedalam-dalamnya dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.


Tarik balik lah... Tentunya kejadian yang berlaku ini, turut mengguris hati pejuang-pejuang UMNO dan juga NGO Melayu yang ada. Kenanglah semasak-masaknya nasib agama dan bangsa Melayu demi anak cucu dimasa hadapan.

Perlukah UMNO tiba-tiba menunjukkan rasa ketakutan? Apakah UMNO merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" dan tidak lagi rasa digeruni. 


Kalau ye pun terlalu inginkan populariti atau mahu menunjukkan 'POLITIK HARMONI'... Jemputlah MCA, MIC atau barisan pimpinan BN. Tak ke gitu?

Nampak... Ini kata mereka!






Friday, June 20, 2014

LAPORAN AUDIT: Langgar peraturan termasuk penyelewengan hadapi tindakkan tegas - SUK Negeri Johor



"Sekiranya ada kakitangan yang melanggar peraturan perkhidmatan awam termasuk penyelewengan akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penambahbaikan yang terdapat di jabatan masing-masing" kata Dato’ Ismail Karim merangkap Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang menyatakan kos penyenggaraan kenderaan di bawah Pejabat SUK Bahagian Pengurusan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor adalah tinggi.

Siri kedua Laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan di Parlimen, kelmarin.

Bagi tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, sejumlah RM3.82 juta telah dibelanjakan bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

Katanya, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan dalam kerajaan dan dipengerusikan oleh SUK akan mengkaji jika terdapat salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam di negeri ini.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji semua laporan audit yang berkenaan sama ada kes yang membabitkan penyelewengan. “Denda atau pun tindakan keras kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sekiranya berlaku kes prima facie terhadap laporan audit berkenaan, maka tinddakan mahkamah atau pun dirujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

“ Pegawai-pegawai yang terlibat juga tidak akan menerima kenaikan gaji, pangkat atau apa-apa juga ganjaran,” katanya pada sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit Negara yang diadakan di pejabatnya.

Mengenai perkara itu, Ismail menjelaskan, laporan tersebut merupakan sampel, bukan semua kenderaan dan ia melibatkan beberapa jabatan terpilih sahaja.

Jelasnya lagi, semakan Audit terhadap daftar perbelanjaan Pejabat SUK Pengurusan pada tahun 2011 hingga 2013 mendapati kos penyelenggaraan berbanding dengan kos perolehan bagi 13 buah kenderaan adalah di antara 39 hingga 95 peratus.

“Ini berlaku kerana kenderaan-kenderaan tersebut kebanyakkanya digunakan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan penggunaannya lasak dan di tahap maksimum.

“Tambahan pula rata-rata kenderaan tersebut sudah melebihi usia lapan tahun dan sepatutunya ia sudah diganti dengan kenderaan baru setiap lima tahun sekali,” katanya.

Kata Ismail lagi, semua jabatan sudah diarah untuk memantau dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan kenderaan mengikut jabatan masing-masing.

Pihaknya juga memutuskan agar semua kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan akan di hantar ke pusat servis kenderaan berkenaan.

“ Jika Proton kita hantar ke pusat servis Proton, jika Honda kita hantar ke pusat servis Honda dan sebagainya. "Ini bagi membolehkan kita memantau rekod peneyelanggaran berkeadaan baik dan mengelakkan penggunaan alat ganti tiruan,” katanya.

Monday, June 9, 2014

LULUS : Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014



Hasrat kerajaan negeri Johor menubuhkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor petang tadi, selepas lebih tiga jam dibahaskan. 

Rang Undang-Undang itu dibahaskan lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil pembangkang, dengan masing-masing diperuntukkan masa kira-kira 10 minit.

Walau pun cadangan ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini, ketiga-tiga ADUN yang mewakili pihak pembangkang bersetuju tanpa bantahan terhadap rang undang-undang tersebut setelah melihat usaha Kerajaan Negeri itu satu langkah baik untuk mengatasi masaalah di dalam industri serta isu-isu perumahan.




Rang undang-undang tersebut yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi jam 2.30 petang dan diluluskan 5.19 petang.

Speaker DUN Johor, Datuk Mohamad Aziz membuka undian secara angkat tangan kepada ahli dewan mengenai Rang Undang-Undang selepas selesai dibahaskan.


Sunday, June 8, 2014

VIDEO & PENJELASAN MB JOHOR : Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor



Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor 

Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.

Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.

Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.

Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.

Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.

SAKSIKAN VIDEO KLIK DIBAWAH:
Post by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.

Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.

Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.

Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh. Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “Raja” iaitu:

“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;

Berdasarkan peruntukan ini Raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai Sultan bagi negeri Johor.

Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di peruntukkan kepada Raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?

Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-

Fasal 7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT

“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI.

Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.

Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa Raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:

1. Melantik menteri besar

2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri

3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama

4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu

5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja

6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya

7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana


Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan sebentar tadi, jelas bahawa konsep Raja berperlembagaan di Johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA

Mungkin hujah yang saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara Sistem Raja Berpelembagaan di negeri Johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. 

Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan Raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar, khususnya dari segi perlantikan.dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada Raja iaitu Raja melantik dengan nasihat Menteri Besar lain lain semua digantikan dengan Pihak Berkuasa Negeri. 

Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada Raja dan mengganggu gugat Sistem Raja Berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. 

Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan 

Kerana ia adalah untuk rakyat, demi rakyat, bagi rakyat!

Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK : 
FAHAMI ENAKMEN : Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor

Saturday, June 7, 2014

FAHAMI ENAKMEN : Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Johor



PENYEDIAAN ENAKMEN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH NEGERI JOHOR
1. Penyediaan enakmen ini bertujuan antaranya untuk membolehkan pembentukan sebuah entiti yang lebih berintegrasi di dalam penyelarasan pembangunan perumahan dan hartanah di Negeri Johor.

2. Fungsi beberapa jabatan dicadang untuk digabungkan di dalam lembaga ini bagi memudahkan pihak-pihak berkepentingan menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

3. Sebagai contoh, lembaga ini mempunyai bidangkuasa bagi membuat dasar yang kini dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yag kini dimainkan oleh pihak SUK (Bahagian Perumahan) serta bakal menjadi tempat rujukan berkaitan perkara-perkara berkaitan perumahan seperti data setinggan, perumahan kos rendah, pengendalian perumahan perumahan projek terbengkalai yang kini dijalankan oleh beberapa jabatan seperti Unit Perancang Ekonomi, SUK (Bahagian Perumahan) dan Pejabat Tanah dan Galian Johor.

4. Enakmen ini turut memberikan bidangkuasa kepada lembaga untuk melihat kepada keperluan perancangan, menetapkan panduan serta melaksanakan tindakan sewajarnya bukan sahaja kepada sektor perumahan malahan merangkumi hartanah iaitu pembangunan bersifat komersil. Ini bermakna lembaga ini akan turut berperanan sebagai penyelaras di peringkat negeri bagi melihat perkara dan isu berkaitan perumahan dan hartanah. Saya memberi contoh, sekiranya berlaku masalah projek terbengkalai samada perumahan atau hartanah lembaga akan menjadi badan yang akan berusaha bagi mencari jalan penyelesaian di mana peranan itu kini dijalankan oleh UPEN dan SUK Perumahan.

5. Peranan dan bidangkuasa seperti boleh memiliki hartanah, boleh menubuhkan perbadanan, menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak berkepentingan memudahkan peranan lembaga untuk yang lebih berintegrasi di dalam perancangan pembangunan perumahan dan hartanah terutamanya di dalam pembinaan perumahan rakyat Johor.

6. Secara keseluruhannya, penubuhan lembaga akan memberi kemudahan kemudahan kepada rakyat, pihak berkepentingan seperti pemaju dan perunding di dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah.

Thursday, June 5, 2014

FITNAH : 'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab' - Malaysiakini



Nampak seperti hebat laporan Malaysiakini. Memasukkan semua perkara tidak benar mengenai perkara lain, tetapi walhal semuanya adalah salah.

Laporan Malaysiakini mengatakan Sultan Johor bakal mendapat kuasa meluas membabitkan isu perumahan adalah tidak benar kerana mengikut kanun itu, Baginda boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal berkaitan.

Semalam, dalam artikel bertarikh 5 Jun 2014 bertajuk 'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab', portal itu menyebarkan maklumat palsu dengan menyelewengkan perkara sebenar.




Penyelewengan fakta tersebar dalam laporan Malaysiakini sudah pasti akan memberi kesan nagetif dan sudah tentu akan memesongkan pemikiran rakyat. Fakta yang berbeza tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengamal media, kecuali pengamal media itu bermotif jahat, sengaja memutar belitkan sesuatu fakta untuk tujuan tertentu khususnya untuk mengelirukan pembacanya.

Berbalik kepada isu diatas, perlakuan Malaysiakini dalam memutar belitkan perkara sebenar adalah jelas dan turut disangkal dalam (KLIK) Utusan Malaysia.


Pihak kami juga telah mendapatkan penjelasan terus daripada YAB. Menteri Besar Johor berkaitan perkara diatas dan beliau juga turut mengakui apa yang tersebar dalam Malaysiakini itu adalah bukan fakta sebenar.

Beliau memberitahu, lembaga tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, manakala beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Timbalan Pengerusi.


Oleh yang demikian, apa yang tersebar di Malaysiakini ianya adalah perkara yang tidak benar, palsu dan boleh dianggap satu fitnah terhadap Sultan dan Negeri Johor.

Kami berpendapat, tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut ada patutnya sekiranya pihak Malaysia Kini gagal memohon maaf secara terbuka selain menurunkan kenyataan tersebut.