Warga emas terharu kerajaan hulur bantuan.
Pernah sekali saya mengadu masalah kepada penjajah ketika zaman Jepun, mereka bukan hendak membantu tetapi saya pula dilempang sebaik menceritakan masalah yang saya hadapi".
Demikian cerita seorang warga emas yang membandingkan pengalaman hidupnya ketika zaman penjajah berbanding pembentukan kerajaan yang wujud pada hari ini.
Jasmo Kromo, 90, berkata, masyarakat kini cukup bertuah kerana mempunyai kerajaan yang prihatin dengan masalah yang dihadapi mereka dan sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Ia cukup berbeza dengan hari ini kerana saya tidak perlu bercerita masalah yang dihadapi, sebaliknya mereka (kerajaan) yang datang sendiri untuk membantu meringankan beban saya selaku warga emas.
Tetapi kalau hidup pada zaman Jepun, masalah yang dihadapi terpaksa disembunyikan dan perlu menyelesaikan sendiri kesengsaraan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan di Batu Pahat, baru-baru ini daripada YB. Datuk Zulkurnain Kamisan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Medan.
Tambah Jasmo, dia berharap keamanan dan semangat menolong antara satu sama lain yang wujud ketika ini perlu dikekalkan kerana tidak mahu insiden ditampar penjajah berulang.
Saya amat bersyukur dengan kerajaan yang ada kini, sangat prihatin dan membela semua pihak terutama warga emas seperti saya dengan menyalurkan pelbagai bantuan.
Jadi, generasi muda hari ini harus menjaga keharmonian sekarang dan jangan sesekali membiarkan negara ini dijajah semula, manalah tahu insiden mengadu kesusahan dibalas pelempang yang berlaku kepada saya berulang," katanya sambil berseloroh. - Sumber
Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment