Saturday, May 31, 2014

#PRKTELUKINTAN : Hilang pakatan buat DAP kalah.


 

Ketahui 7 sebab kenapa DAP kalah yang heboh di perkatakan.

1. PAS beri undi pada BN
Ramai ahli PAS Teluk Intan yang telah berkecil hati dan marah kerana mendengar pengakuan Dyana Sofya UiTM selaku Melayu Islam menolak hudud telah membuatkan ahli PAS berpaling tadah dan tekad memberi undi kepada BN.

2. DAP Perak boikot Dyana Sofya

Kita semua tahu bahawa di dalam DAP ada beberapa puak atau kem, salah satu nya adalah kem Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan lagi satu kem adalah kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming. Kedua dua kem ini sebenarnya mempunyai masalah dalaman. Pada awal pemilihan calon, DAP Perak yang diterajui oleh kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming telah memilih untuk meletakkan calon Hew Kuan Yau, Chong Zhe Min, Leong Mee Meng. Ketiga tiga calon itu adalah ahli DAP Perak yang mempunyai keahlian dan pengalaman yang lebih lama berbanding calon kem Lim Kit Siang/Lim Guan Eng. Tetapi di atas sebab kuasa Lim Kit Siang/Lim Guan Eng lebih tinggi dari Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming, akhirnya kem Lim anak beranak telah memilih Dyana Sofya sebagai calon Teluk Intan. Keputusan ini telah membuatkan akar umbi kem Ngeh Koo ham/Nga Kor Ming memboikot Dyana Sofya

3. Pengundi cina Teluk Intan tak terima calon Melayu DAP

Keputusan PRK Teluk Intan telah menunjukkan pengundi cina merudum jatuh tidak memilih DAP. Ini kerana kaum cina di Teluk Intan tidak dapat menerima pilihan parti DAP yang meletakkan calon Melayu sebagai calon Teluk Intan. Ramai pengundi kaum cina kecewa apabila di umumkan seorang Melayu yang mewakili mereka. Ini kerana kaum cina telah menunjukkan kamahuan mereka memilih calon cina sahaja dan perkara ini dibuktikan dengan keputusan PRU13 yang lepas, iaitu 97% rakyat cina seluruh Malaysia mengundi DAP.

4. DAP marah PAS terima ajakan UMNO bersama dlm Jawatankuasa Teknikal HududKerajaan pusat yang telah bersetuju bersama kerajaan negeri Kelantan untuk sama sama membincangkan bagaimana hudud dapat di laksanakan di Kelantan baru baru ini telah memberi impak dan kesan kepada majoriti ahli DAP. Ianya telah merenggangkan kepercayaan DAP terhadap semangat setiakawan PAS, kerana PAS telah menerima baik cadangan UMNO untuk bersama wujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud.

5. PKR persoalkan DAP kenapa DAP tolak PKR menjadi ketua dalam PRK Teluk Intan

Parti Keadilan Rakyat yang sebelum ini rata rata telah menjadi ketua pengendalian bagi setiap pilihan raya kecil telah mempersoalkan DAP, mengapa DAP menolak PKR untuk menjadi ketua pengendalian. Ahli PKR Teluk Intan telah mengkhabarkan mereka tidak memberi undi kepada Dyana Sofya kerana kebiadapan DAP yang tidak mahu memberi laluan menjadi ketua pengendalian pada pilihan raya kecil ini.

6. PAS mahu ajar kesombongan Tan Kok Wai dan Anthony Loke
Pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai telah secara lantang dan keras menyatakan tiada tempat PAS didalam Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan hudud. Kenyataan sama disuarakan MP DAP Seremban Anthony Loke yang menggesa PAS keluar dari Pakatan sekiranya enggan beralah dari usaha tersebut. Tan Kok Wai selaku MP Cheras DAP turut berkata, PAS boleh terus bermimpi untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya. Dengan kenyataan kenyataan seperti ini akhirnya pada PRK Teluk Intan kali ini, PAS berjaya membuktikan tanpa pengundi ahli PAS, DAP pasti akan kecundang.

7. Penduduk India Teluk Intan bengang Rayer DAP ucap "Melayu Celaka"
Rayer baru baru ini telah secara berani mengucapkan "Melayu Celaka" di dalam dewan negeri telah menaikkan sedikit sebanyak sentimen kemarahan pengundi Melayu baik UMNO dan PAS di Teluk Intan. Perkara ini menjadi kebimbangan sehingga ada di antara individu India di Teluk Intan mengatakan mereka tidak dapat tidur lena memikirkan Rayer sanggup berkata sedemikian. Ini kerana populasi orang Melayu yang lebih banyak dari kaum india dapat menimbulkan rusuhan kaum yang akan dihadapi oleh kaum India. Dengan tragedi ini, sebahagian penduduk India tidak mahu mengundi DAP kerana masih tidak dapat menerima perkataan "Melayu Celaka" yang diucapakan oleh Rayer DAP itu.


#BlueTigerArm :  Kalau ikut pendapat BTA.. Dimana baiknya DAP untuk dipilih? Dah kalah tu, kalah laaa... Kiikikiiii!!!!


Friday, May 30, 2014

PULAU BATU PUTEH: DYMM Sultan Johor menuntut agar dikembalikan semula.


 

Semalam, Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kerajaan negeri Johor menubuhkan pasukan khas mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh.
 

Sultan Ibrahim bertitah, langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, almarhum Sultan Iskandar Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Bukit Timbalan, Johor Bahru (KLIK)
 

Dalam perbicaraan lalu, alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu.

Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan.
 

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.
 

Namun, menurut maklumat. Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.
 

Oleh yang demikian, sudah sepatutnya Pulau Batuh Puteh di miliki semula. Memang menjadi sepatutnya usaha menuntut disegerakan, memandangkan ketibaan tahun 2018 sudah semakin hampir.
 

Pastinya kesultanan Johor mempunyai pelbagai bukti dan tinggalan sejarah yang yang dapat membantu pasukan yang ditubuhkan, untuk memberi bukti kukuh mengenai pemilikan kawasan itu.
 

Titah Tuanku Sultan Johor seharusnya dijunjung. Daulat Tuanku.

Berikut, saksikan antara sedutan video mengenai isu pertikaian Pulau Batu Puteh yang disiarkan oleh RTM, pada 2008 lalu.


Thursday, May 22, 2014

#HimpunBantahHLBB BATAL: Pengurus terlibat dipindahkan.



Selepas perjumpaan diadakan diantara pihak penganjur Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank yang diadakan bersama wakil dari ibu pejabat Hong Leong Bang Kuala Lumpur serta NUBE, semalam. Telah diadakan satu sidang akhbar dan keputusan bersama telah dibuat.

UMNO Bahagian Johor Bahru membatalkan cadangan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Taman Sri Tebrau yang dirancang 23 Mei 2014 Jumaat ini bagi membantah tindakan pengurus cawangan bank itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap seorang kakitangannya.

Ketuanya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata ini kerana isu itu dianggap sudah selesai berikutan pengurus itu telah dipindahkan ke cawangan lain.

"Kita anggap isu ini selesai di mana pemindahan pengurus tersebut ke cawangan lain dapat membolehkan siasatan bebas dilakukan oleh (HLBB) dan pihak polis terhadap perkara itu.

"UMNO Johor Baharu sebelum ini telah menggesa pihak HLBB menyiasat dakwaan itu secara adil," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.



Pengurus bank berkenaan didakwa melakukan perkara itu pada 8 April lalu apabila seorang kerani memohon belas ihsan dan kelonggaran berhubung arahan pindah ke cawangan lain dan kerani berusia 49 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi di sini sehari selepas kejadian.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLBB, Tan Kong Khoon, Isnin lalu di Kuala Lumpur, pihak bank telah menjalankan siasatan dan mendapati dakwaan itu tidak berasas dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada kerani itu.

Beliau berkata, HLBB telah memutuskan untuk memindahkan pengurus itu ke cawangan lain dengan harapan untuk menjurus ke arah keharmonian dan kesejahteraan.
"HLBB menegaskan bahawa ia mengamalkan dasar anti diskriminasi dan menghormati semua kakitangan tanpa mengira bangsa, agama dan jantina," kata Tan.

Beliau turut berterima kasih kepada Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru kerana membantu menyelesaikan perkara itu.



Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar semalam. Pihak penganjur perhimpunan yang diwakili oleh Pengerusi penganjur Tuan Haji Abu Taib merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru sempat menyerahkan memorandum yang mana antara isi kandungnya adalah kenyataan bantahan terhadap sikap rasis Hong Leong Bank dan mengharap agar jangan diulangi serta dibuat terhadap kakitangan-kakitangan non-eksekutif khususnya perkerja berbangsa Melayu sepertimana yang berlaku sebelum ini.


Thursday, May 15, 2014

Keperitan dulu tidak dilalui generasi muda hari ini - YB Zulkurnain Kamisan.



Warga emas terharu kerajaan hulur bantuan.

Pernah sekali saya mengadu masalah kepada penjajah ketika zaman Jepun, mereka bukan hendak membantu tetapi saya pula dilempang sebaik menceritakan masalah yang saya hadapi".

Demikian cerita seorang warga emas yang memban­dingkan pengalaman hidup­nya ketika zaman penjajah berbanding pembentukan kerajaan yang wujud pada hari ini.

Jasmo Kromo, 90, berkata, masyarakat kini cukup bertuah kerana mempunyai kerajaan yang prihatin dengan masalah yang dihadapi mereka dan sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Ia cukup berbeza dengan hari ini kerana saya tidak perlu bercerita masalah yang dihadapi, sebaliknya mereka (kerajaan) yang datang sendiri untuk membantu meringankan beban saya selaku warga emas.

“Tetapi kalau hidup pada zaman Jepun, masalah yang dihadapi terpaksa disembunyikan dan perlu menyelesaikan sendiri kesengsaraan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan di Batu Pahat, baru-baru ini daripada YB. Datuk Zulkurnain Kamisan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Medan.

Tambah Jasmo, dia berharap keamanan dan sema­ngat menolong antara satu sama lain yang wujud ketika ini perlu dikekalkan kerana tidak mahu ‘insiden’ ditampar penjajah berulang.

“Saya amat bersyukur de­ngan kerajaan yang ada kini, sangat prihatin dan membela semua pihak terutama warga emas seperti saya dengan me­nyalurkan pelbagai bantuan.

“Jadi, generasi muda hari ini harus menjaga keharmonian sekarang dan jangan sesekali membiarkan negara ini dijajah semula, manalah tahu insiden mengadu kesusahan dibalas pelempang yang berlaku kepada saya berulang," katanya sambil berseloroh. - Sumber

Gambar Hiasan

Tuesday, May 13, 2014

KEMELUT UMNO TERENGGANU : Johor bagaimana?



Susulan kekecohan BN dan UMNO di Terengganu dengan bekas MB serta beberapa pengikutnya mengumumkan keluar parti.. Berbagai berita dan spekulasi dapat di dengar.


Antaranya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu. 

Ada yang kata, ia berkait dengan soal maruah Ahmad Said diaibkanlah.. ( KLIK ) Itu lah, ini lah..

Ternyata, kalau benar keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu yang pasti berhadapan situasi genting sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

 
 
Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.

Bagi pembangkang, inilah peluang mereka... Kalau boleh serahkan saja Terengganu tu pada mereka..

Itulah senario politik UMNO di negeri Terengganu.

Wahai orang-orang UMNO... Ingatkah kita lagi dengan kenyatan ini?

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ingatkah Sumpah Bai'ah Taat Setia terhadap perjuangan UMNO....

Menangislah UMNO sekarang kerana lelah dan penat UMNO bejuang.

Jangan UMNO menangis kerana kekilafan...

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia"
 

  
Itulah ucapan TPM dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC. Walau sudah 4 tahun ucapan ini berlalu, namun andai kita hayati dan dalaminya tentu kita akan rasa sayu dan sedih dengan apa yang berlaku, hari ini

Namun, Apa pun berlaku keatas UMNO hari ini mungkin ianya satu dugaan untuk UMNO serta untuk pejuang UMNO tulin.

Andai benar ia berlaku, kerapuhan segilintir pemimpin UMNO yang dipilih oleh ahlinya sendiri menunjukan UMNO sudah sampai ketahap perlu bermuhasabah untuk berubah. Apa pun hakikatnya UMNO dimusuhi bukan hanya dari DAP, PKR, PAS malah musuh dalam komponan juga menjadi punca.

Perlu tahu musuh paling hampir dengan UMNO ialah 'Orang UMNO' itu sendiri.

UMNO Johor perlu sedar tentang ini... Bukan hanya Terengganu.

PRU14 semakin hampir, 1 tahun telah berlalu dengan bergitu sahaja, ayuhlah UMNO bangkit dari sengeketa, bersatulah demi keikhlasan perjuangan Mu kerana UMNO untuk membela agama bangsa dan negara.


Untuk ingatan kita bersama...

"Hilangkanlah, buangkanlah dan jauhkanlah 10001 macam sengeketa dari rakan perjuangan mu.
 

Hidupkan lah cawangan Mu, meriah kan lah Bahagian Mu, semarakanlah UMNO ditempat Mu agar Kehardiran Mu UMNO dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat yang kini hampir di telan arus zaman.

Tanyalah diri mu, hati mu sejauh mana UMNO dapat dirasai dan di jiwai oleh semua lapisan masyarakat Melayu di tempat mu seperti zaman-zaman mu dulu... Ingatlah Johor!

 

'JOHOR TIANG SERI UMNO' 
 

Sunday, May 11, 2014

UMNO68 : Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor - @khalednordin



"Selamat menyambut dan memperingati hari ulang tahun UMNO ke-68. Semoga seluruh ahli UMNO kekal teguh bersama semangat juang serta terus mempertingkatkan iltizam yang tinggi untuk sama-sama memperkukuhkan kedudukan parti dan memantapkan lagi misi perjuangan dalam menentukan parti UMNO mampu serta berjaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang"

Itu antara harapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, sempena menyambut dan memperingati hari ulang tahun parti terbesar orang Melayu parti UMNO, hari ini. 

Menurut beliau lagi, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan antara yang mungkin perlu dilihat adalah dari segi penekananan kualiti ahli dalam parti.

Dengan berdepan zaman yang penuh ber
teknologi serta penyebaran maklumat tanpa sempadan. Bagi mana-mana organisasi, untuk berjaya dan kekal relevan serta mampu seiring dengan zaman. Ahli berpengetahuan juga berkualiti, merupakan antara aspek utama dan perlu di beri perhatian dan tindakkan kepada soal pembenaan modal insan dalam parti.
Selain itu, YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin mengharapkan, semua ahli dapat pertingkatkan semangat dan daya juang bersama UMNO di dalam usaha kearah memperkukuhkan parti.

“Dalam zaman ini maknanya kita memerlukan ahli yang kualiti selain menjadi golongan yang penuh berpengetahuan, mempunyai idea dan mampu berfikir. bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan cabaran, tetapi ahli mesti mempunyai idea dan pendekatan untuk membawa dan memperjuangkan parti supaya di terima oleh rakyat, selamanya” tegasnya lagi.

"Sekiranya perkara ini tidak ditekankan maka tidak mustahil zaman teknologi ini akan ‘menelan’ parti UMNO".

Ketika ditanya berkenaan negeri Johor yang menjadi idaman pembangkang untuk ditakluki beliau menjelaskan, Tidak dinafikan usaha pembangkang untuk berjaya menawan peringkat pusat maka mereka perlu menawan negeri Johor.

"Di dalam soal ini tidak bermakna UMNO di Johor akan berdiam diri. Kita akan melihat kepada semua usaha-usaha yang boleh memperkuatkan parti dan mendapatkan sokongan yang banyak dan majoriti dari rakyat", katanya.

“Sudah tentu kita perlu berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita perlu menunjukkan kerajaan sedia ada berkemampuan untuk mengatur dan membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

“Tetapi kita tidak terima bahawa kemenangan parti hanya kerana Johor kubu kuat parti. Itu bukan asas kemenangan tetapi asas mencapai kemenangan adalah rakyat terus bersama memberi sokongan kepada kita kerana mereka nampak parti UMNO bersungguh-sungguh memperjuangkan rakyat dan berkeupayaan menyelesaikan masalah rakyat,” tambahnya lagi.

Oleh itu jelas beliau, kepada semua ahli di semua peringkat perlu bersama-sama berganding bahu bekerja keras memastikan UMNO terus perkasa di hati rakyat.


Wednesday, May 7, 2014

PANASSSS! Hong Leong Bank sogok 'Pejuang Melayu'?



Kad kreadit Hong Leong Bank baru bernilai ratusan ribu , sekali ganda daripada kad kreadit yang di potong oleh Setiausaha Bahagian UMNO Johor Bahru, diterima baru-baru ini.


Terdahulu, apabila Hong Leong Bank sekali lagi bertindak biadap terhadap Melayu yang mana berlakunya hinaan terhadap seorang petugas berbangsa Melayu dengan kata-kata kesat, Tuan Haji Abu Talib Haji Alias bersama barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru telah mengadakan majlis dengan memotong kad kreditnya sebagai tanda simbolik batahan terhadap sikap biadap kelakuan seorang ketua pengurus Hong Leong Bank Berhad.



Dalam satu majlis baru-baru ini, Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru merangkap Pengerusi Himpunan Aman terhadap Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru yang akan dianjurkan pada 23 Mei 2014 nanti. Telah menunjukkan penerimaan kad baru dengan had kredit bernilai lebih RM100 ribu.


Sudah-sudahlah dengan sikap nak menyogok bangsa Melayu!
Apa maksud sebenar dengan pemberian semula kad kredit yang mancapai had sejumlah RM120 ribu tu? Adakah sejumlah itu maruah seorang pejuang Melayu hari ini?

Walaubagaimana pun 'wa tabik sama lu lah' Tuan Haji Abu Taib. Khabarnya, beliau tidak akan berganjak dengan keputusan beliau untuk terus perjuangkan hal ini. Perhimpunan dan penyerahan memorandum kepada Hong Leong Bank tetap diteruskan, walaupun terpaksa ditangguhkan. 

Katanya kad yang mempunyai had kredit lebih RM100K tu juga akan dipotong pada hari Perhimpunan Aman & Serah Memorandum di hadapan Hong Leong Bank
pada 23 Mei, tu nanti..?

Jom jangan lupa! Peserta perhimpunan di minta berkumpul di Dewan Taman Sri Tebrau sebelum mula berarak ke hadapan Hong Leong Bank di Wisma Tiong Hua pada jam 3.00 petang, tersebut. Jumpa disana!



Tuesday, May 6, 2014

#HIMPUN23MEI : Perhimpunan Aman hadapan Hong Leong Bank di tangguh!



Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru, Tuan Haji Abu Talib Haji Alias merangkap Pengerusi Perhimpunan Aman yang akan dianjurkan di hadapan Hong Leong Bank Berhad cawangan Johor Bahru mengumumkan keputusan untuk menangguhkan perhimpunan tersebut yang akan dijadualkan berlangsung di hadapan Hong Leong Bank, Wisma Tiong Hua, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau pada 9 Mei 2014.


Ini berikutan, menghormati keputusan YB Tan Sri Dato' Sahril, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru yang mengarahkan agar perhimpunan itu ditunda bagi menghormati upacara pengkebumian Pengerusi Tiong Hua Johor Bahru, Dato' Tian Liang Soon pada hari yang sama.

Menurut maklumat yang diterima, walaupun banyak pihak yang membantah terutama Persatuan Tiong Hua yang begitu bersungguh meminta agar perhimpunan tersebut dibatalkan. Namun, pihak penganjur khususnya UMNO Johor Bahru tetap tidak akan berganjak bagi meneruskan perhimpunan tersebut dan mengikut sepertimana acara yang dirancang.

Walau bagaimana pun, diatas dasar tolaransi dan mengambil sikap memahami perasaan dan kesedihan keluarga mendiang. Keputusan menangguhkan perhimpunan tersebut diambil dan di bawa kepada tarikh yang lain iaitu pada Jumaat 23 Mei 2014. Peserta perhimpunan akan di arahkan berkumpul di Dewan Taman Sri Tebrau dan mula berarak ke hadapan Hong Leong Bang di Wisma Tiong Hua pada jam 3.00 petang, tersebut. 


Pengerusi Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, Dato' Tian Liang Soon telah meninggal dunia pada Isnin 5 Mei 2014, kelmarin.

Majlis mesyuarat penangguhan bagi tarikh perhimpunan aman ini turut dihadiri, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru, wakil Badan Perhubungan Negeri Johor dan NUBE yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru, petang tadi.


Artikal berkaitan : KLIK SINI

Monday, May 5, 2014

#HIMPUN9MEI : Hong Leong Bank benar-benar ketepikan Melayu?



Kalau kita ingat lagi, suatu masa apabila melalui jalan di hadapan Wisma Hong Leong, Jalan Perak, Kuala Lumpur dapat dilihat kain rentang dipaparkan di sana dengan tulisan ‘HONG LEONG BANK HINA ISLAM.’



Punca bantahan ini dikatakan kerana kakitangan bank Hong Leong yang beragama Islam menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah solat selepas bilik atau ruang solat di pejabat mereka di wisma berkenaan telah ditutup.

Kesannya, pekerja yang mahu solat Zuhur dan Asar terpaksa keluar dari bangunan untuk menunaikan ibadah tersebut pada masa terhad. Jika terlewat, mereka berdepan kemungkinan dimarahi kerana mencuri waktu kerja.

Sekali dengar, macam tak percaya pula ada pihak bertindak sebegini di Malaysia yang mana Islam merupakan agama rasmi.

Apa pun, pasti ada sebab musabab kain rentang itu dinaikkan. Dan setakat hari ini, tiada satu kenyataan maaf pun daripada pihak mereka terhadap isu-isu yang berbangkit ini.

Dan pada Desimber 2013, Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE)
yang mempunyai 40,000 anggota hari ini memberi amaran kepada Bank Hong Leong
supaya mengambil semula 27 daripada anggotanya yang dipecat atau menghadapi
tentangan seluruh anggotanya hingga boleh menjejas operasi dan reputasi bank
itu. Siapa 27 orang itu kalau bukan pekerja berbangsa Melayu?

Ada juga berita berkaitan dengan ugutan transfer yang dilakukan oleh Hong Leong Bank. Hingga ketahap apabila mereka sedia di transfer, maka mereka pula dikenakan tekanan dengan cawangan yang ditransfer tidak menerima mereka dan gaji disajakan sangkut.

Isu Hong Leong Bank mengenepikan bangsa Melayu di dalam institusinya dianggap begitu melampau. 

Kali ini hal ini pula, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang kakitangan Hong Leong Bank, Taman Sri Tebrau, Johor Baharu berhubung perangai RASIS yang diherdik oleh seorang pegawai bank tersebut.



Pegawai bank tersebut adalah seorang wanita bernama LIAU CHOW WAN yang merupakan Manager Head of Department Hong Leong Bank.

Dalam kes ini, kakitangan berbangsa Melayu itu telah menerima satu notis untuk berpindah ke Hong Leong Bank Berhad di Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan. Kakitangan berbangsa Melayu itu yang berusia 46 tahun yang hanya merupakan seorang kerani di bank tersebut, telah merayu dan memohon ehsan kerana telah bekerja di cawangan tersebut selama lebih 28 tahun.

Bagaimanapun, LIAU CHOW WAN terus mengherdik kerani Melayu itu dengan kata-kata berikut:

"THIS IS HONG LEONG! HONG LEONG!!! CHINESE BANK YOU KNOW!!! IT IS NOT YOUR NAJIB'S BANK, BANK BUMIPUTERA, STUPID!!!" 



Semua pun tahu ada tiga bank yang sepatutnya dah tak patut wujud dan patut diambilalih atau disatukan dengan bank lain. Salah satu adalah Hong leong bank. Mereka pula angkuh dan degil tak mahu usahakan merger secara bersendirian tapi hanya merger kan bank dan Finance Company.

Ada juga maklumat mengatakan , Hong Leong adalah kroni Anwar Ibrahim. Tak kisah lah. Tapi kenapa diam saja Anwar bila bangsanya di hina begitu rupa? Adakah Anwar akan bela bangsa dan ummah jika memegang jawatan PM kelak? Tak mungkin kot... sebab dia dipegang telor oleh cina DAP disekelilingnya.- Selanjutnya klik...




Sunday, May 4, 2014

#Himpunan09MEI: Himpunan Aman 'TOLAK RASIS' di Hong Leong Bank


Keputusan menganjurkan Himpunan Aman serta penyerahan memorandum tehadap pengurusan Hong Leong Bank Berhad cawangan Johor Bahru diambil berikutan tindakkan pihak pengurusannya yang mengecam dan menghina kakitangan berbangsa Melayu dengan kata-kata kesat.

Sikap Liau Chong Wan berpangkat Ketua Pengurus yang bertambah melapau itu, telah memaksa pihak mangsa bertindak membuat laporan ke pihak Polis.



Siapa yang rasis? Kenyataan pedas 
Liau Chong Wan bermaksud " Ini Hong Leong! Bank Cina tau tak? Ini bukan bank Najib, Bank Bumiputera... Bodoh!!!" benar- benar di lihat rasis. 

Keputusan diambil oleh pertubuhan UMNO, Johor Bahru dengan membuat perhimpunan aman itu bertujuan memberikan ingatan tegas kepada individu berkenaan selain untuk pihak-pihak yang suka bermain dengan  kenyataan-kenyataan berbau perkauman dan rasis seperti itu.

Himpunan aman itu nanti turut di sertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan telah pun mendapat kebenaran pihak berkuasa. 



Abu Talib Alias merangkap sebagai Pengerusi penganjur perhimpunan berkata, kenyataan yang liar dan cuba mengheret Melayu bersuara adalah petanda kerendahan akal Ketua Pengurus Hong Leong Bank Berhad cawangan Johor Bahru itu dalam mempertahankan kestabilan masyarakat majmuk di negara khususnya di negeri Johor ini.

Tambah  beliau, UMNO tidak dapat menerima tindakan itu dan sebagai badan yang mempunyai tanggungjawab, pihaknya terpaksa mengambil keputusan mengadakan perhimpunan secara aman dihadapan primis Hong Leong Bank Berhad sebagai tanda bantahan keras selain bertujuan mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya perkara seperti ini di ulang lagi.

Katanya, adalah tidak munasabah beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan seperti itu.




Walau bagaimana pun diingatkan, kepada semua yang akan terlibat di dalam perhimpunan itu nanti agar tidak keterlaluan dan melanggar arahan pihak berkuasa dan tidak membawa senjata tajam serta merosakkan harta benda awam termasuk menghalang lalulintas.

BANTAH PENGANJURAN

Mengikut maklumat yang diterima, penganjuran perhimpunan aman ini telah mendapat bantahan dari Persatuan Tiong-Hua Johor Baru.



Menurut persatuan tersebut, antara sebab bantahan tersebut dibuat ialah ia akan mengeruhkan hubungan diantara kaum Melayu dan kaum Cina yang selama ini berganding bahu memakmurkan keharmonian diantara kaum.

Bukankah sepatutnya persatuan ini kena sedar dan mengambil keputusan bersama untuk bertindak bagi mengingatkan individu terbabit agar tidak mengulangi kesalahannya dan secara tidak langsung bersama-sama menunjukkan sikap menolak sikap suka menyentuh senseviti kaum.

Kenapa mesti dihalang?

Ternyata keputusan dengan hanya menganjurkan perhimpunan secara aman itu adalah satu jalan yang terbaik bagi mengingatkan hal sebegini agar tidak berulang. Bayangkanlah, apa lagi yang bangsa Melayu dan Islam tidak di hina di negaranya sendiri ini?


Takkan sampai tahap berlaku tindakkan lebih daripada ini baru kita nak berubah? Renung-renungkanlah!