Sunday, May 11, 2014

UMNO68 : Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor - @khalednordin



"Selamat menyambut dan memperingati hari ulang tahun UMNO ke-68. Semoga seluruh ahli UMNO kekal teguh bersama semangat juang serta terus mempertingkatkan iltizam yang tinggi untuk sama-sama memperkukuhkan kedudukan parti dan memantapkan lagi misi perjuangan dalam menentukan parti UMNO mampu serta berjaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang"

Itu antara harapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, sempena menyambut dan memperingati hari ulang tahun parti terbesar orang Melayu parti UMNO, hari ini. 

Menurut beliau lagi, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan antara yang mungkin perlu dilihat adalah dari segi penekananan kualiti ahli dalam parti.

Dengan berdepan zaman yang penuh ber
teknologi serta penyebaran maklumat tanpa sempadan. Bagi mana-mana organisasi, untuk berjaya dan kekal relevan serta mampu seiring dengan zaman. Ahli berpengetahuan juga berkualiti, merupakan antara aspek utama dan perlu di beri perhatian dan tindakkan kepada soal pembenaan modal insan dalam parti.
Selain itu, YAB. Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin mengharapkan, semua ahli dapat pertingkatkan semangat dan daya juang bersama UMNO di dalam usaha kearah memperkukuhkan parti.

“Dalam zaman ini maknanya kita memerlukan ahli yang kualiti selain menjadi golongan yang penuh berpengetahuan, mempunyai idea dan mampu berfikir. bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah dan berhadapan dengan cabaran, tetapi ahli mesti mempunyai idea dan pendekatan untuk membawa dan memperjuangkan parti supaya di terima oleh rakyat, selamanya” tegasnya lagi.

"Sekiranya perkara ini tidak ditekankan maka tidak mustahil zaman teknologi ini akan ‘menelan’ parti UMNO".

Ketika ditanya berkenaan negeri Johor yang menjadi idaman pembangkang untuk ditakluki beliau menjelaskan, Tidak dinafikan usaha pembangkang untuk berjaya menawan peringkat pusat maka mereka perlu menawan negeri Johor.

"Di dalam soal ini tidak bermakna UMNO di Johor akan berdiam diri. Kita akan melihat kepada semua usaha-usaha yang boleh memperkuatkan parti dan mendapatkan sokongan yang banyak dan majoriti dari rakyat", katanya.

“Sudah tentu kita perlu berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita perlu menunjukkan kerajaan sedia ada berkemampuan untuk mengatur dan membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

“Tetapi kita tidak terima bahawa kemenangan parti hanya kerana Johor kubu kuat parti. Itu bukan asas kemenangan tetapi asas mencapai kemenangan adalah rakyat terus bersama memberi sokongan kepada kita kerana mereka nampak parti UMNO bersungguh-sungguh memperjuangkan rakyat dan berkeupayaan menyelesaikan masalah rakyat,” tambahnya lagi.

Oleh itu jelas beliau, kepada semua ahli di semua peringkat perlu bersama-sama berganding bahu bekerja keras memastikan UMNO terus perkasa di hati rakyat.


No comments:

Post a Comment