Monday, July 14, 2014

POLITIK HARMONI : Kenapa mesti bersama DAP?



Di saat pemimpin-pemimpin UMNO lain menolak kepimpinan dan hubungan kerjasama parti bersama DAP... Boleh pulak ada ahli bertindak tunjuk sikap melawan arus.

Sanggup melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Kononya ingin membuat satu pembaharuan. Tunjukkan DAP dan UMNO seiring dan sejalan masuk ke bazar Ramadan dan sama-sama menyampaikan sumbangan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Kluang, Johor.


Wajarkah UMNO dibawa bersama  dalam hal sebegini?



Awalnya berpunca dari berlakunya kekecohan dari sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bazar berkenaan.

Saksikan dan boleh dilihat melalui pautan http://youtu.be/3hWEb-Nwq8k

Rasa tidak puas hati itu timbul apabila kumpulan tersebut mendapat tahu, pihak DAP cuba mengagihkan kurma bersertakan majalah 'ROKET' kepada umat Islam dengan alasan sebagai sumbangan sempena Ramadhan. 


Hal ini juga mendapat kritikan hangat di laman-laman sosial. Kebanyakkannya menolak tindakkan DAP menyertakan majalah 'ROKET' yang dilihat tiada ketelusan dalam niatnya menghulurkan sumbangan.



Namun apa yang berlaku, rasa kesal dari pelbagai pihak dan rasa tidak puas hati yang telah ditunjukkan sekumpulan yang berpakaian (vest) berlogo UMNO itu, langsung tidak yang membela... Buta-buta mendapat tentangan dan kritikan keras dari kumpulan UMNO sendiri iaitu Pemuda UMNO Kluang, yang diketuai Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak pernah melantik mana-mana kumpulan untuk menjadi urusetia atau pengawal keselamatan di situ, justeru sebarang insiden yang berlaku adalah atas kapasiti individu.




Tidak cukup dengan itu, beliau bersama Pemuda UMNO Kluang turut menganjurkan program sumbangan bubur lambuk dan buah kurma kepada orang ramai di bazar tersebut sambil menjemput pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang untuk datang bersama pihaknya, beberapa hari selepas itu.

Dengan alasan kononnya, Pemuda UMNO Kluang komited memperjuangkan isu agama bangsa dan negara serta menghargai sebarang usaha untuk keharmonian rakyat terutama di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya yang juga peguam dan penasihat syariah.



Datuk Khairul Anwar Rahmat turut berpendapat, ini adalah bukti amalan politik matang untuk mendepani aspirasi dan agenda keharmonian yang lebih besar dan kini, penduduk sekitar Kluang mula mempopularkan ungkapan politik harmoni demi kebaikan dan kepentingan rakyat keseluruhan.

Politik harmoni? Adakah beliau yakin DAP serta pemimpin-pemimpinnya bersependapat dengan hasrat beliau? Apakah DAP harus di jadikan pilihan untuk segala maksud ini?


Mari kita menyingkap semula apa itu DAP. Dari awal penubuhannya lagi
 Lim Kit Siang, Chen Man Hin dan Goh Hock Huan telah menetapkan arah perjuangan serta slogan Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan bumiputra sebagai agenda utamanya. Semuanya bertujuan untuk mendapat sokongan orang-orang cina bagi menghidupkan DAP.

Agenda yang di bawa DAP ternyata berjaya mengukuhkan kepercayaan selain sokongan berterusan kaum Cina sehingga ke hari ini.
Sampailah ke peringkat dimana sokongan untuk orang cina mereka tak perlu risau kerana mereka rasakan telah terjamin. 

Hal itu juga turut mengubah cara dan gaya DAP dalam meneruskan agenda politik mereka. Kali ini, mereka dilihat pula begitu berusaha bersungguh-sungguh mencari sokongan orang Melayu. Yang mereka perlukan adalah sokongan Melayu pula.

Maka berulanglah sandiwara serupa yang di bawa PAP suatu ketika dulu.


Terlupakah kita pada Lee Kuan Yew yang anti Melayu dan bumiputra, dan kerana sebab itulah terkeluarnya Singapura daripada Malaysia. Tetapi demi kerana untuk mendapatkan undi Melayu, Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja.



Hingga dalam satu kempen pilihanraya di perkampungan Melayu sebaik sahaja Singapura terpisah dari Malaysia, Kuan Yew turun berkempen dengan memakai songkok diatas kepalanya bagi menunjukkan dia tidak anti Melayu. Lalu ianya disambut dengan penuh rasa teruja oleh orang-orang Melayu Singapura pada ketika itu.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa Kwan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam dan kaum Melayu tiada dalam kamus Kwan Yew mahu pun PAP.

Apa kurangnya DAP hari ini, yang kita semua tahu DAP juga adalah PAP. Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia poada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. 

Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. 

Demi undi, DAP juga tak malu pakai songkok dan dekati masjid. DAP juga sanggup lakukan apa cara sekali pun bagi mencapai niat untuk mengambil hati dan sokongan kaum Melayu. 



Antara lain yang UMNO khususnya Pemuda janganlah mudah lupa. Tentang tindakkan DAP semakin lantang bersuara. Semakin berani secara terbuka menentang UMNO. 


Menuduh Pemuda bersikap "hooligans" dan "gangsters" dalam menjalankan tindakkan atas sebab kononnya UMNO telah kehilangan sokongan rakyat. 

Mereka turut mendakwa UMNO bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat.

Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang UMNO, sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu. 


Jadi, untuk apa kita berkomfromi dengan mereka? Atas tujuan apa?

Rasanya tidak perlulah untuk kita berpanjang lebar, menghabiskan masa bersembang tentang DAP yang sememangnya kita kenali agenda dan perjuangannya tu...


Lebih seribu satu macam karenah telah mereka lakukan terhadap bangsa Melayu serta Islam. Selama penubuhan mereka, apa lagi yang mereka tidak lakukan pada bangsa kita. 

Yang pasti, tiada apa lagi boleh kita letakkan alasan untuk bersama mereka. Lagi lah untuk mengharapkan sesuatu dari mereka.

Maka, BTA benar-benar mengharapkan agar Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berfikir sedalam-dalamnya dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.


Tarik balik lah... Tentunya kejadian yang berlaku ini, turut mengguris hati pejuang-pejuang UMNO dan juga NGO Melayu yang ada. Kenanglah semasak-masaknya nasib agama dan bangsa Melayu demi anak cucu dimasa hadapan.

Perlukah UMNO tiba-tiba menunjukkan rasa ketakutan? Apakah UMNO merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" dan tidak lagi rasa digeruni. 


Kalau ye pun terlalu inginkan populariti atau mahu menunjukkan 'POLITIK HARMONI'... Jemputlah MCA, MIC atau barisan pimpinan BN. Tak ke gitu?

Nampak... Ini kata mereka!






No comments:

Post a Comment