Friday, June 20, 2014

LAPORAN AUDIT: Langgar peraturan termasuk penyelewengan hadapi tindakkan tegas - SUK Negeri Johor



"Sekiranya ada kakitangan yang melanggar peraturan perkhidmatan awam termasuk penyelewengan akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penambahbaikan yang terdapat di jabatan masing-masing" kata Dato’ Ismail Karim merangkap Setiusaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang menyatakan kos penyenggaraan kenderaan di bawah Pejabat SUK Bahagian Pengurusan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor adalah tinggi.

Siri kedua Laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan di Parlimen, kelmarin.

Bagi tempoh antara tahun 2011 hingga 2013, sejumlah RM3.82 juta telah dibelanjakan bagi tujuan penyenggaraan kenderaan.

Katanya, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan dalam kerajaan dan dipengerusikan oleh SUK akan mengkaji jika terdapat salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam di negeri ini.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji semua laporan audit yang berkenaan sama ada kes yang membabitkan penyelewengan. “Denda atau pun tindakan keras kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sekiranya berlaku kes prima facie terhadap laporan audit berkenaan, maka tinddakan mahkamah atau pun dirujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

“ Pegawai-pegawai yang terlibat juga tidak akan menerima kenaikan gaji, pangkat atau apa-apa juga ganjaran,” katanya pada sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit Negara yang diadakan di pejabatnya.

Mengenai perkara itu, Ismail menjelaskan, laporan tersebut merupakan sampel, bukan semua kenderaan dan ia melibatkan beberapa jabatan terpilih sahaja.

Jelasnya lagi, semakan Audit terhadap daftar perbelanjaan Pejabat SUK Pengurusan pada tahun 2011 hingga 2013 mendapati kos penyelenggaraan berbanding dengan kos perolehan bagi 13 buah kenderaan adalah di antara 39 hingga 95 peratus.

“Ini berlaku kerana kenderaan-kenderaan tersebut kebanyakkanya digunakan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan penggunaannya lasak dan di tahap maksimum.

“Tambahan pula rata-rata kenderaan tersebut sudah melebihi usia lapan tahun dan sepatutunya ia sudah diganti dengan kenderaan baru setiap lima tahun sekali,” katanya.

Kata Ismail lagi, semua jabatan sudah diarah untuk memantau dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan kenderaan mengikut jabatan masing-masing.

Pihaknya juga memutuskan agar semua kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan akan di hantar ke pusat servis kenderaan berkenaan.

“ Jika Proton kita hantar ke pusat servis Proton, jika Honda kita hantar ke pusat servis Honda dan sebagainya. "Ini bagi membolehkan kita memantau rekod peneyelanggaran berkeadaan baik dan mengelakkan penggunaan alat ganti tiruan,” katanya.

No comments:

Post a Comment