Tuesday, July 29, 2014

TOLAK MB WAN AZIZAH : DAP 'warning' PAS...



Difahamkan ramai penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati dengan kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sekaligus menolak Anwar Ibrahim yang berhasrat melantik isterinya, Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Antaranya Presiden PAS, Hj. Hadi Awang yang telah membuat kenyataan tegas mempertahankan Abdul Khalid diikuti pula oleh Dewan Ulama. 


Melihat dari keadaan yang pasti meranapkan impian pemimpin idola mereka, para pengikut PKR, puak-puak liberal dalam PAS Khalid Samad dan Mat Sabu di belakang Anwarinas menyokong langkah keluarga Anwar selama ini, semakin 'mengelitik kepanasan'.
Keghairahan dinasti Anwar mengejar kedudukkan dan kuasa itu, golongan ulamak konservatif PAS pun mengerut dahi dan mengangkat kening hinggakan Mursyidul Am PAS. Nik Aziz Nik Mat turut bersuara dengan tegas pertahankan kenyataan dan pendirian Presiden PAS.

Ia semakin memberi pemahaman kepada mereka bahawa kali ini kata atau hasrat Anwar bukanlah satu keputusan muktamad yang wajib dipatuhi. 



Antara lain, Nik Abdul Aziz dalam hujahnya berkata, "Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Abdul Khalid ingin digugurkan daripada jawatan Menteri Besar?

Namun, apa sekalipun berlaku... Bukan mudah untuk menukar MB Selangor.

Satu faktor ialah anak negeri; kedua faktor jantina; ketiga perkenan sultan; ke-4 faktor Nik Aziz, Haji Hadi dan Dewan Ulama dan akhir sekali tentangan 12 ADUN UMNO dan mungkin beberapa ADUN PKR sendiri.

Pada masa yang sama, Khalid dikatakan tidak menghalang DUN membentang usul undi tidak percaya. 
Kedua, Khalid juga beritahu dia tidak akan terkesan dengan cakap-cakap, kritikan untuk dia letak jawatan. 

Ini bermakna MB Khalid sudah bersedia untuk patahkan apa sahaja usaha menjatuhkan beliau sebelum habis penggal kedua ini. Hebat juga MB Khalid ini.

Kepanasan yang meluap, semakin membara. Empayar Lim Kit Siang DAP yang pada awalnya hanya menjeling dari jauh kononnya tidak mahu mengocakkan lagi keadaan. Akhirnya turut berang dek kerana mesej tajam dari mulut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” seperti di bawah: 




"Whatsaap" 
Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang juga bergelar “think tank” dalam PAS yang cuba ingin menjentik DAP, gereja dan non Muslim” selain berpandangan melawan arus itu, benar menikam jiwa DAP.


Ini terbukti daripada isikandung kenyatan media dari Setiausaha Agung Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan lantang berkata...

"Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan “PAS for ALL”?

Apabila, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut malah cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

DAP mengarahkan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan alasan untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

Menurut Loke sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, “Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya.

Beliau turut mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP.

"Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!" tegas Loke Siew Fook juga merangkap Ahli Parlimen Seremban.

Beliau juga yakin, majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

Dengan apa yang berlaku, PAS di minta memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP.

Pada kenyatan medianya itu, wakil DAP Loke Siew Fook juga dengan tegas berkata "Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu".

1 comment:

  1. Ye ke dap? Cuba try satu kerusi pas vs dap dikawasan terbuka. Nk tengok siapa tersengih siapa ternganga... Hebat dlm sumbangan kpd pakatan konon. Hebat megkeldaikan pas adalah...hahaha

    ReplyDelete