Thursday, May 22, 2014

#HimpunBantahHLBB BATAL: Pengurus terlibat dipindahkan.



Selepas perjumpaan diadakan diantara pihak penganjur Perhimpunan Aman Bantahan terhadap Hong Leong Bank yang diadakan bersama wakil dari ibu pejabat Hong Leong Bang Kuala Lumpur serta NUBE, semalam. Telah diadakan satu sidang akhbar dan keputusan bersama telah dibuat.

UMNO Bahagian Johor Bahru membatalkan cadangan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Hong Leong Bank Berhad (HLBB) Taman Sri Tebrau yang dirancang 23 Mei 2014 Jumaat ini bagi membantah tindakan pengurus cawangan bank itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap seorang kakitangannya.

Ketuanya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata ini kerana isu itu dianggap sudah selesai berikutan pengurus itu telah dipindahkan ke cawangan lain.

"Kita anggap isu ini selesai di mana pemindahan pengurus tersebut ke cawangan lain dapat membolehkan siasatan bebas dilakukan oleh (HLBB) dan pihak polis terhadap perkara itu.

"UMNO Johor Baharu sebelum ini telah menggesa pihak HLBB menyiasat dakwaan itu secara adil," katanya pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.



Pengurus bank berkenaan didakwa melakukan perkara itu pada 8 April lalu apabila seorang kerani memohon belas ihsan dan kelonggaran berhubung arahan pindah ke cawangan lain dan kerani berusia 49 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi di sini sehari selepas kejadian.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLBB, Tan Kong Khoon, Isnin lalu di Kuala Lumpur, pihak bank telah menjalankan siasatan dan mendapati dakwaan itu tidak berasas dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan kepada kerani itu.

Beliau berkata, HLBB telah memutuskan untuk memindahkan pengurus itu ke cawangan lain dengan harapan untuk menjurus ke arah keharmonian dan kesejahteraan.
"HLBB menegaskan bahawa ia mengamalkan dasar anti diskriminasi dan menghormati semua kakitangan tanpa mengira bangsa, agama dan jantina," kata Tan.

Beliau turut berterima kasih kepada Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru kerana membantu menyelesaikan perkara itu.



Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar semalam. Pihak penganjur perhimpunan yang diwakili oleh Pengerusi penganjur Tuan Haji Abu Taib merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Johor Bahru sempat menyerahkan memorandum yang mana antara isi kandungnya adalah kenyataan bantahan terhadap sikap rasis Hong Leong Bank dan mengharap agar jangan diulangi serta dibuat terhadap kakitangan-kakitangan non-eksekutif khususnya perkerja berbangsa Melayu sepertimana yang berlaku sebelum ini.


No comments:

Post a Comment