Tuesday, May 13, 2014

KEMELUT UMNO TERENGGANU : Johor bagaimana?



Susulan kekecohan BN dan UMNO di Terengganu dengan bekas MB serta beberapa pengikutnya mengumumkan keluar parti.. Berbagai berita dan spekulasi dapat di dengar.


Antaranya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu. 

Ada yang kata, ia berkait dengan soal maruah Ahmad Said diaibkanlah.. ( KLIK ) Itu lah, ini lah..

Ternyata, kalau benar keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu yang pasti berhadapan situasi genting sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

 
 
Dalam situasi ini, tentunya titah muktamad tetap pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kerana baginda yang akan memutuskan untuk bertemu mengadap sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS atau Ahmad Razif.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.

Bagi pembangkang, inilah peluang mereka... Kalau boleh serahkan saja Terengganu tu pada mereka..

Itulah senario politik UMNO di negeri Terengganu.

Wahai orang-orang UMNO... Ingatkah kita lagi dengan kenyatan ini?

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ingatkah Sumpah Bai'ah Taat Setia terhadap perjuangan UMNO....

Menangislah UMNO sekarang kerana lelah dan penat UMNO bejuang.

Jangan UMNO menangis kerana kekilafan...

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia"
 

  
Itulah ucapan TPM dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC. Walau sudah 4 tahun ucapan ini berlalu, namun andai kita hayati dan dalaminya tentu kita akan rasa sayu dan sedih dengan apa yang berlaku, hari ini

Namun, Apa pun berlaku keatas UMNO hari ini mungkin ianya satu dugaan untuk UMNO serta untuk pejuang UMNO tulin.

Andai benar ia berlaku, kerapuhan segilintir pemimpin UMNO yang dipilih oleh ahlinya sendiri menunjukan UMNO sudah sampai ketahap perlu bermuhasabah untuk berubah. Apa pun hakikatnya UMNO dimusuhi bukan hanya dari DAP, PKR, PAS malah musuh dalam komponan juga menjadi punca.

Perlu tahu musuh paling hampir dengan UMNO ialah 'Orang UMNO' itu sendiri.

UMNO Johor perlu sedar tentang ini... Bukan hanya Terengganu.

PRU14 semakin hampir, 1 tahun telah berlalu dengan bergitu sahaja, ayuhlah UMNO bangkit dari sengeketa, bersatulah demi keikhlasan perjuangan Mu kerana UMNO untuk membela agama bangsa dan negara.


Untuk ingatan kita bersama...

"Hilangkanlah, buangkanlah dan jauhkanlah 10001 macam sengeketa dari rakan perjuangan mu.
 

Hidupkan lah cawangan Mu, meriah kan lah Bahagian Mu, semarakanlah UMNO ditempat Mu agar Kehardiran Mu UMNO dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat yang kini hampir di telan arus zaman.

Tanyalah diri mu, hati mu sejauh mana UMNO dapat dirasai dan di jiwai oleh semua lapisan masyarakat Melayu di tempat mu seperti zaman-zaman mu dulu... Ingatlah Johor!

 

'JOHOR TIANG SERI UMNO' 
 

No comments:

Post a Comment